Mohamed, Noriah and Yusoff, Omar (2010) Tinjauan identiti dan bahasa hibrid dalam kalangan Samsam, Baba Nyonya dan Jawi Peranakan di Utara Semenanjung Malaysia / Noriah Mohamed dan Omar Yusoff. SARI: Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 28 (2). pp. 35-61. ISSN 0127-2721

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Makalah ini meninjau dan membincangkan identiti dan bahasa tiga kelompok yang dianggap memaparkan ciri hibrid (kacukan). Kelompok tersebut ialah Samsam, Baba Nyonya dan Jawi Peranakan yang terdapat di kawasan utara Semenanjung Malaysia. Data untuk penulisan ini diperoleh daripada tinjauan pustaka dan temu bual tidak berstruktur yang dilaksanakan menerusi kajian lapangan terhadap informan ketiga-tiga kelompok. Huraian data pula bersifat deskriptif kualitatif. Secara umum, tinjauan ini mendapati bahawa hibrid atau kacukan ialah konsep yang memperlihatkan sifat sesuatu sistem yang terbentuk daripada gabungan beberapa subsistem atau bahagian yang berbeza. Konsep hibrid ini digunakan untuk menjelaskan identiti ketiga-tiga kelompok yang dimaksudkan. Dari sudut bahasa pula, walaupun bahasa yang dituturkan oleh ketiga-tiga kelompok ini memperlihatkan ciri hibrid, namun begitu pengelasan dari sudut linguistik memperlihatkan bahawa sistem pertuturan Samsam dan Jawi Peranakan dianggap dialek, manakala sistem pertuturan Baba Nyonya pula berstatus kreol. Makalah ini membincangkan juga aspek pengelasan linguistik sebagaimana yang dimaksudkan bagi sistem pertuturan ketiga-tiga kelompok ini. Hasil penulisan ini berguna kerana menerusinya kita dapat menelusuri sejarah tiga kelompok hibrid yang boleh dianggap tertua yang wujud di Malaysia.
Metadata
Sumber Maklumat: | UKM Journal Article Repository |
---|---|
Taksonomi: | Asal Usul Melayu : Sumber Genetik > Budaya Asal Usul Melayu : Sumber Genetik > Sejarah |
Bidang: | Asal-Usul Melayu : Sumber Genetik |
Tarikh Muatnaik: | 03 Nov 2016 11:06 |
Kata Kunci: | Identiti, bahasa, hibrid, Samsam, Baba Nyonya, Jawi Peranakan |