Tengku Mohd Ali, Tengku Intan Marlina and Ja’afar, Salinah (2013) Simbol kebesaran daulat, mahkota dan keris dalam Hikayat Hang Tuah / Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali dan Salinah Ja’afar. Jurnal Melayu, 11. pp. 99-109. ISSN 1675-7513

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Kesultanan Melayu merupakan satu identiti penting bagi masyarakat Melayu tradisional. Taat dan setia kepada raja sudah bertapak kukuh dalam jiwa dan kehidupan seharian mereka. Persepsi kesetiaan masyarakat Melayu tradisional terhadap raja atau sultan jelas dapat dilihat dalam karya-karya sastera tradisional seperti Hikayat Hang Tuah, Sejarah Melayu, dan lain-lain . Kebanyakan epik atau hikayat menceritakan tentang kebesaran sultan atau raja dan kesetiaan rakyat terhadap raja-raja Melayu. Walaupun terdapat gambaran berkenaan ketidakadilan yang dilakukan oleh raja-raja Melayu, persepsi ketuanan raja dalam masyarakat Melayu tidak dapat dipisahkan daripada amalan kehidupan mereka. Kajian ini berfokus kepada analisis simbol daulat, mahkota dan keris yang dilihat dapat menjadi ikon, simbol dan indeks bagi masyarakat Melayu tradisional dalam persepsi mereka melihat dan berkhidmat kepada raja yang menjadi ketua pentadbiran dan ketua agama yang terkandung dalam teks Hikayat Hang Tuah.
Metadata
Sumber Maklumat: | UKM Journal Article Repository |
---|---|
Taksonomi: | Kesultanan dan Pemerintahan > Institusi Kesultanan > Melaka Kesultanan dan Pemerintahan > Mitos Kesultanan dan Pemerintahan > Institusi Kesultanan > Sejarah |
Bidang: | Kesultanan dan Pemerintahan |
Tarikh Muatnaik: | 03 Nov 2016 10:52 |
Kata Kunci: | Kesultanan Melayu, kebesaran sultan, simbol, Hikayat Hang Tuah, identiti |