Abdul Aziz, Sohaimi (2015) Konflik Melayu Patani dengan pihak berkuasa Thailand: kajian strategi retorik dalam laman sesawang / Sohaimi Abdul Aziz. Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 8 (2). pp. 257-287.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Konflik politik antara Melayu Patani dengan kerajaan Siam-Thai (Thailand) telah bermula semenjak abad ke-16 lagi. Dasar “siamisasi” telah menyemarakkan lagi konflik politik ini. Konflik ini berlanjutan dengan beberapa pendekatan untuk menyelesaikannya sama ada secara bersenjata ataupun melalui perundingan oleh kedua-dua belah pihak yang terlibat tetapi masih gagal. Kaedah penyelesaian sentiasa berubah mengikut tuntutan keadaan dan masa. Pada hari ini konflik berkenaan memasuki era media baharu yang lebih terbuka. Media baharu ini menjadi alat untuk menyuarakan pandangan mereka tentang konflik politik yang terjadi. Tujuan kajian adalah untuk meneliti bagaimana media baharu dimanfaatkan untuk menyuarakan pandangan mereka tentang konflik yang terjadi dan apakah strategi yang digunakan untuk mempengaruhi masyarakat yang rencam dan luas itu? Kajian ini merupakan kajian sesawang yang berasaskan analisis tekstual yang menggunakan analisis diskursif dan retorikal, serta budaya. Kajian ini mendapati bahawa pandangan yang berkaitan dengan sejarah, kekejaman, kematian, kebencian dan kemusnahan ekonomi dan sosial kesan daripada konflik yang terjadi mendapat tempat dalam laman sesawang dan laman blog yang dikaji. Strategi retorik patos, etos dan logos telah digunakan untuk mengemukakan pandangan mereka tentang konflik politik antara Melayu Patani dengan pihak berkuasa Siam-Thai.
Metadata
Sumber Maklumat: | Website Dewan Bahasa dan Pustaka (Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu) |
---|---|
Taksonomi: | Asal Usul Melayu : Sumber Genetik > Etnik > Melayu Pattani Asal Usul Melayu : Sumber Genetik > Etnik > Melayu Siam |
Bidang: | Asal-Usul Melayu : Sumber Genetik |
Tarikh Muatnaik: | 03 Nov 2016 10:07 |
Kata Kunci: | Konflik politik, Melayu Patani, kajian laman sesawang, strategi retorik |