A. Kasim, Kamarul Baharin and Muhamad, Asyaari (2015) Saranan HAMKA terhadap Perpaduan Bangsa Serumpun Malaysia – Indonesia / Kamarul Baharin A. Kasim, Asyaari Muhamad,. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (IMAN), 3 (1). pp. 3-13. ISSN 2289-1706

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Hamka adalah tokoh Nusantara yang sinonim dengan gelaran ulama dan menulis lebih dari 100 buah buku dalam pelbagai bidang. Bukan setakat sifat ulamak yang menjadikan beliau dikagumi tetapi kemampuannya sebagai pemimpin, penulis, pemikir, pujangga dan pejuang bangsa menjadikannya milik masyarakat Nusantara. Penulisan ini akan memperlihatkan bagaimana sifat keperibadian dan karisma Hamka dalam memperjuangkan penyatuan bangsa serumpun Malaysia-Indonesia berdasarkan ilham dan cita-cita sepanjang tempoh kehidupannya. Timbulnya isu-isu yang menggugat keharmonian kedua negara ternyata telah mencabar semangat serumpun yang diwarisi sejak ratusan tahun. Roh dan semangat serumpun semakin meminggir malahan tidak disedari oleh sebahagian generasi baru kerana identiti negara bangsa yang bersifat patriotik. Hamka telah menyedari bakal berlakunya pemecahan identiti bangsa dan kerosakan terhadap nilai serumpun sekiranya tidak dipertahankan oleh Malaysia dan Indonesia. Melalui kajian dan mengabstrakkan hasil-hasil karya Hamka sama ada dalam bidang sejarah, politik, novel, falsafah, tafsir dan biografi, beberapa elemen yang menyatukan bangsa serumpun akan dilihat sebagai bukti bahawa Hamka mempunyai cita-cita dan misi dalam menyatukan bangsa serumpun. Melalui penulisannya, Hamka menjadikan Melaka sebagai lambang kejatuhan bangsa serumpun di samping memperjuangkan pemikiran agama sebagai penyatuan. Selain perjuangan menangkis pengaruh luar yang melemahkan bangsa, Hamka menjadikan bahasa, tulisan dan sastera sebagai lambang penyatuan bangsa serumpun. Penolakan terhadap sikap sentrik dan pengukuhan identiti bangsa serumpun merupakan perjuangan dalam memastikan umat Melayu dan Islam di kedua negara bersatu. Jumpaan terhadap perjuangan Hamka melalui karya dalam bidang sejarah, bahasa, budaya dan agama ini boleh dijadikan panduan dalam konteks negara serumpun bagi memastikan perhubungan negara bangsa yang lebih harmoni dan beridentitikan dunia Melayu.
Metadata
Sumber Maklumat: | UKM Journal Article Repository |
---|---|
Taksonomi: | Ketamadunan Melayu > Pejuang Melayu Ketamadunan Melayu > Pemimpin Melayu |
Bidang: | Ketamadunan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 03 Nov 2016 09:17 |
Kata Kunci: | Hamka, Nusantara, Bangsa serumpun, Malaysia, Indonesia |
Download
Filename: AJ_Kamarul Baharin A. Kasim, Asyaari Muhamad 2015.pdf
Description: Cover