Mamat @ Yusof, Norizawati (2000) Adat istiadat perkahwinan orang Melayu lama di Melaka / Norizawati Mamat @ Yusof. Other thesis, UiTM Cawangan Melaka.
Mamat @ Yusof, Norizawati (2000) Adat istiadat perkahwinan orang Melayu lama di Melaka / Norizawati Mamat @ Yusof. Other thesis, UiTM Cawangan Melaka.
Mamat @ Yusof, Norizawati (2000) Adat istiadat perkahwinan orang Melayu lama di Melaka / Norizawati Mamat @ Yusof. Other thesis, UiTM Cawangan Melaka.
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Tesis ini adaiah untuk mengkaji mengenai adat istiadat perkahwinan orang Melayu lama yang diamalkan hingga kini di Melaka . la melibatkan kajian mengenai sejarah kedatangan Adat Perpatih dan Adat Temenggung yang mana kedua-dua adat ini berkait rapat dengan adat perkahwinan orang Melayu lama di Melaka. Kajian ini juga dilakukan untuk mengenai pasti faktor-faktor yang menyumbang ke arah perubahan dalam adat perkahwinan di Melaka pada masa kini. Kesignifikan : Tesis ini pula mempunyai kepentingan dalam mendokumentasikan khazanah kebudayaan bangsa Melayu agar ianya tidak luput dari ingatan bangsa Melayu yang akan datang. Maka dengan penghasilan tesis ini, dapatlah diketahui bahawa masyarakat Melayu pada masa dahulu amat kuat berpegang pada adat yang mana segenap aspek dalam adat disusun begitu halus dan menarik. Prosedur : Penulis telah menjalankan pelbagai kaedah dalam menyempurnakan tesis ini. Di antara kaedah yang telah dijalankan ialah menemuramah Dato Sidang Alor Gajah iaitu Haji Latif bin Ali. Temuramah juga turut dijalankan dengan Hajah Zainon bt. Hassan yang melangsungkan perkahwinannya pada zaman pemerintahan British ( 1937 ) serta beberapa orang perseorangan juga turut ditemubual. Kesimpulan : Daripada apa yang telah diperolehi, dapatlah disimpulkan bahawa masyarakat Melayu dahulu amat berpegang kuat pada adat. Tetapi apa yang didapati sekarang, amalan masyarakat terhadap adat begitu longgar dan mula terhakis oleh arus permodenan dan semangat keislaman.
Metadata
Sumber Maklumat: | UiTM Institutional Repository |
---|---|
Taksonomi: | Adat dan Budaya Melayu > Adat Perkahwinan |
Bidang: | Adat dan Budaya Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 04 Nov 2016 03:14 |
Kata Kunci: | Adat Perkahwinan Melayu Lama; Adat Temenggung; Adat Perpatih |