Abd Ghani, Zulkiple and Saja @ Mearaj, Mahasin (2011) Ulama dan Kewartawanan: Kajian terhadap Tok Kenali / Zulkiple Abd Ghani & Mahasin Saja @ Mearaj. In: NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 November 2011 (Jumaat & Sabtu), Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Wartawan merupakan individu yang bekerja di tengah-tengah masyarakatbertujuan menyampai maklumat, pandangan dan membentuk sikap khalayak. Kajian ini membincangkan mengenai peranan ulama yang bertindak sebagai wartawan untuk menjalankan dakwah dengan menggunakan metode media cetak. Untuk menjadi seorang wartawan yang berkesan kriteria dan etika tertentu perlu dikuasai dan diamalkan. Kajian ini memfokuskan kepada penglibatan Tok Kenali sebagai seorang wartawan serta aspek penulisan dan penguasaan majalah Pengasuh yang dikendalikan oleh beliau. Kajian ini juga mengkaji hubungan dakwah, peranan ulama dan kaitannya dengan profesyen wartawan. Untuk memperolehi hasil penulisan makalah, antologi cerpen dan puisi beliau, penulis menggunakan metodologi perpustakaan dan kajian lapangan. Sehubungan itu, kajian ini menganalisis makalah Tok Kenali dalam majalah Pengasuh seterusnya menganalisis syair dan cerpen beliau. Selain itu analisis terhadap dokumen beliau dibuat termasuklah jenisjenis seruan dalam makalah penulisan, konsep gaya bahasa kewartawanan, penekanan sudut tulisan jawi, penggunaan genre dan syair Arab dalam makalah, puisi dan cerpen serta ragam ayat yang digunakan oleh Tok Kenali. Berdasarkan kajian yang dibuat Tok Kenali merupakan seorang ulama yang mempunyai bakat kewartawanan walaupun beliau tidak mengikuti pengajian kewartawanan secara spesifik. Beliau bukan sahaja dapat menguasai genre bahasa dan ragam ayat malah terkenal dengan seorang yang pandai mengalunkan kata puitis dan mengolah cerita berbentuk cerpen. Untuk mengetengahkan tokoh kewartawanan Islam, ciri-ciri kewartawanan yang beliau miliki boleh dijadikan model yang baik kepada wartawan sekarang.
Metadata
Sumber Maklumat: | Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia |
---|---|
Taksonomi: | Islam dan Keintelektualan Melayu > Pemikiran Islam dan Keintelektualan Melayu > Tokoh Ulama |
Bidang: | Islam dan Keintelektualan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 03 Nov 2016 02:54 |
Kata Kunci: | Ulama, Kewartawanan,Tok Kenali |