Mohamad Rohana, Noor Aziera and Jamsari, Ezad Azraai and Sulaiman, Adibah (2011) Pendidikan Masyarakat Melayu Menurut Pemikiran Zaba / Noor Aziera Mohamad Rohana, Ezad Azraai Jamsari dan Adibah Sulaiman. In: Prosiding Isu-isu Sejarah dan Tamadun Islam (SISTI 2011), diterbitkan di UKM Bangi (Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam).

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Kesedaran mengenai pendidikan inidisedari oleh salah seorang tokoh terkemuka tanahair, iaitu Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali sebagai ZA’BA. Beliau merupakan individu yang berusaha mengeluarkan masyarakat Melayu di Tanah Melayu sekitar abad ke-20 daripada masalah kemiskinan, kemunduran dan kejahilan berbanding dengan kaum-kaum lain yang ada di Tanah Melayu. Usaha gigih yang dilakukan adalah dengan memartabatkan ilmu dan pendidikan sebagai wadah atau cara untuk membebaskan masyarakat Melayu daripada belenggu kemiskinan politik, ekonomi dan juga sosial. Beliau berpandangan bahawa kemiskinan hidup dan kemelaratan masyarakat Melayu adalah berpunca daripada masalah kurangnya pengetahuan dan kurangnya keprihatinan masyarakat terhadap pemilikan ilmu pengetahuan. Ini kerana, beliau yakin bahawa hanya ilmu pengetahuan sahaja yang mampu mengubah gaya hidup masyarakat daripada kemiskinan kepada yang lebih selesa dan mewah. Justeru, kajian terhadap tokoh ini dilakukan dan kertas kerja ini memfokuskan kepada biografi dan sosio-budaya Zainal Abidin Ahmad atau ZA’BA daripada aspek latar belakang keluarga beliau, pendidikan serta kerjayanya. Kertas kerja ini turut memfokuskan kepada situasi masyarakat Melayu pada pandangan ZA’BA di mana permasalahan yang dibincangkan adalah merangkumi aspek ekonomi, politik dan juga sosial serta sumbangan beliau dalam bidang pendidikan.
Metadata
Sumber Maklumat: | Respositori Universiti Kebangsaan Malaysia |
---|---|
Taksonomi: | Pendidikan Melayu > Institusi Pendidikan Melayu Pendidikan Melayu > Tokoh Pendidikan Melayu > Za'aba |
Bidang: | Pendidikan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 03 Nov 2016 02:12 |
Kata Kunci: | Melayu, Pendidikan |
Tokoh Berkaitan: | Tan Sri Zainal Abidin bin Ahmad (Za'aba) |