Stapa, Zakaria and Yusuf, Noranizah (2011) Sumbangan Pendidikan Islam Dalam Memperkasakan Jati Diri Bangsa Melayu: Satu Kajian Awal / Zakaria Stapa dan Noranizah Yusuf. In: International Conference on Humanities 2011 INCOH2011.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Pendidikan Islam berupaya memelihara dan memancarkan nilai-nilai asas sesebuah masyarakat dan sebaliknya pendidikan Islam juga boleh menjadi punca kekeliruan dalam sesebuah masyarakat. Selain itu, pendidikan juga dapat membantu pertumbuhan sahsiah dan menyemai jati diri seseorang individu. Artikel ini bertujuan membincangkan pendidikan Islam dan peranannya dalam memperkasakan tamadun bangsa Melayu. Pendidikan Islam mempunyai kekuatannya yang tersendiri kerana denganya kita berupaya meletakkan asas yang kukuh dalam pembinaan tamadun manusia yang cemerlang dalam aspek duniawi juga ukhrawi. Dalam al- Quran terdapat banyak ayat al-Quran yang mengutarakan aspek pendidikan dalam pembinaan tamadun manusia, bahkan penurunan al-Quran itu sendiri bermatlamat untuk mendidik manusia. Begitu juga dengan hadith dan sunnah Rasulullah, banyak daripada riwayat-riwayat Baginda yang menjurus kepada kepentingan pendidikan dalam memperkasakan tamadun ummah dan dikuatkan lagi dengan beberapa contoh tindakan yang Baginda laksanakan dalam menggalakkan umat Islam untuk mencintai ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, artikel ini akan mengupas dengan lebih lanjut mengenai peranan pendidikan Islam dalam memperkasakan jati diri bangsa Melayu khususnya dalam pembangunan insan yang bersifat holistik dan mempunyai minda kelas pertama.
Metadata
Sumber Maklumat: | Respositori Universiti Kebangsaan Malaysia |
---|---|
Taksonomi: | Pendidikan Melayu > Pencapaian |
Bidang: | Pendidikan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 03 Nov 2016 02:31 |
Kata Kunci: | Melayu, Pendidikan |