Yussof, Abdul Salam (2010) Memperkasakan tamadun Melayu Malaysia-Indonesia menerusi permuafakatan pendidikan / Abdul Salam Yussof. In: Seminar Antarabangsa Agama dan Pembangunan V: Agama dan Pemikiran Wacana Tradisi Kontemporari Malaysia-Indonesia., abatan Usuluddin & Falsafah, FPI, UKM.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Tujuan utama kertas kerja ini mengenal pasti potensi-potensi permuafakatan pendidikan yang sedang berjalan dan masa depan di antara rumpun Melayu dan Indonesia bagi memperkasakan Tamadun Melayu yang mula berkembang maju terutama dalam bidang keintelektualan dan budaya ilmu. Usaha menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan merupakan sebahagian saripada inspirasi kerajaan menjadikan negara ini sebagai model dalam memacu pembangunan berkesan. Jika usaha ini dijalankan secara kerjasama dengan negara rumpun Melayu yang lain terutama Indonesia adalah amat baik lagi. Hasil kajian menunjukkan kita mesti mengekalkan kerjasama intelek dan operasi antara negara rumpun Melayu Islam terutama negara Malaysia, Indonesia dan lain-lain. Bangsa Melayu di Malaysia dan Indonesia hendaklah saling bersikap lengkap-melengkapi agenda pendidikan kolektif tanpa berpisah oleh sempadan palsu politik. Contoh, untuk menjadikan bangsa pencipta teknologi bertaraf dunia, bangsa itu mesti mampu melatih 35,000 jurutera setahun iaitu suatu angka yang dapat dicapai apabila bangsa Melayu yang bertebaran berfikir dan bekerja sebagai satu 'bangsa besar'. Kertas kerja ini akan membincangkan mengenai perkongsian bijak pendidikan Malaysia-Indonesia, pentingnya penyatuan sarjana-sarjana rumpun Melayu memberi sumbangan ilmu bersama, peluang-peluang belajar di IPT kedua-dua negara dan mengungkap semula resolusi seminar Islam di Pusat-pusat Pengajian Tinggi ASEAN di UKM pada 2-5 Disember 1978.
Metadata
Sumber Maklumat: | Respositori Universiti Kebangsaan Malaysia |
---|---|
Taksonomi: | Pendidikan Melayu > Sejarah Pendidikan Melayu |
Bidang: | Pendidikan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 03 Nov 2016 02:49 |
Kata Kunci: | Melayu, Pendidikan |