Musa, Mohd Faizal (2011) Wacana pendidikan anak-anak dalam Pujangga Melayu Karya Mohd Affandi Hassan / Mohd Faizal Musa. Jurnal Pendidikan Malaysia.
Musa, Mohd Faizal (2011) Wacana pendidikan anak-anak dalam Pujangga Melayu Karya Mohd Affandi Hassan / Mohd Faizal Musa. Jurnal Pendidikan Malaysia.
Musa, Mohd Faizal (2011) Wacana pendidikan anak-anak dalam Pujangga Melayu Karya Mohd Affandi Hassan / Mohd Faizal Musa. Jurnal Pendidikan Malaysia.
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Dalam dunia sastera Malaysia, Mohd Affandi Hassan mengemukakan Gagasan Persuratan Baru yang mementingkan ilmu dan pemikiran sebagai asas pengkaryaan. Beliau menggunakan istilah dan konsep persuratan yang menekankan ilmu untuk membezakannya dengan konsep sastera yang tidak menjadikan ilmu sebagai keutamaannya. Beliau juga meletakkan adab sebagai asas persuratan dan menjadikan adab tersebut sebagai tunjang kepada sastera Islam yang merangkumi hubungan dengan Allah dan manusia. Salah sebuah karya Mohd Affandi Hassan yang terkemuka ialah Pujangga Melayu yang dijadikan oleh pengarangnya sebagai acuan atau medan untuk membina sebuah karya sastera yang mengutamakan ilmu, pemikiran dan idea. Salah satu aspek yang diketengahkan oleh Mohd Affandi Hassan dalam Pujangga Melayu ialah berkaitan pendidikan anak-anak dan remaja dalam Islam. Makalah ini berminat untuk mengesani pandangan Mohd Affandi Hassan mengenai subjek tersebut. Dalam usaha untuk menilai persoalan tersebut, makalah ini menggunakan kerangka sastera bandingan Henry H.H Remak yang menyatakan sastera bandingan juga diaplikasikan untuk membandingkan 'sastera dengan bidang lain sebagai ungkapan kemanusiaan.’ Untuk itu satu perbandingan antara disiplin sastera dan pendidikan anak-anak menurut Islam dilakukan dalam makalah ini. Enam aspek berkenaan pendidikan anak-anak telah dihurai dan disuguhkan dalam teks dengan meyakinkan. Enam aspek tersebut ialah, pertama; pendedahan aspek tauhid untuk anak-anak, kedua; prinsip muraqabah dalam pendidikan anak-anak, ketiga; pendidikan fizikal yang bermanfaat untuk anak-anak dan remaja, keempat; pemantapan konsep ilmu untuk anak-anak dan remaja Islam, kelima; pemugaran aspek akhlak dan moral untuk anak-anak dan remaja dan keenam, pendidikan anak-anak menerusi aspek ibadah dan amalan. Untuk menyampaikan pemikiran mengenai pendidikan anak-anak ini, Affandi menggunakan pendekatan dan teknik khutbah, pidato dan perbahasan yang mengutamakan wacana ilmu dalam Pujangga Melayu. Kata Kunci: Pendidikan anak-anak, Persuratan Baru, ilmu, akhlak, Sastera Islam.
Metadata
Sumber Maklumat: | Respositori Universiti Kebangsaan Malaysia |
---|---|
Taksonomi: | Pendidikan Melayu > Bahasa |
Bidang: | Pendidikan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 03 Nov 2016 02:41 |
Kata Kunci: | Melayu, Pendidikan |