Ismail, Ahmad Munawar and Tamuri, Ab. Halim (2013) Pengaruh pendidikan akidah dalam pembangunan akhlak remaja Melayu di sekolah menengah di Malaysia / Ahmad Munawar Ismail dan Ab. Halim Tamuri. In: Prosiding Seminar Hasil Penyelidikan Sektor Pengajian Tinggi ke-3.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Pengetahuan tentang akidah dan kemampuan memahami akidah dengan betul berupaya membentuk manusia berakhlak milia dan m,erealisasikan hakikat kemanusiaan sebagaimana yang dikehendaki ileh Islam. Pendidikan akidah perlu dilaksanakan secara berterusan dalam usaha memnatapkan akidah di dalam diri maysarakat Islam bagi menangkis kebatilan dan keraguan-keraguan dari golongan yang menyesatkan. Masyarakat yang beriltizam dengan akidah akan dapat merealisasikan sesauatu kebaikan dan seterusnya memberi kesan kepada individu dan masyarkat yang lain. tulisan ini adalah berasaskan kajian juantitatif yang bertujuan mengenalpasti sejauhmanakah pengaruh pendidikan akidah dalam pembangunan akhlak remaja melayu di sekolah menengah kebangsaan di Malaysia. Kajian yang menggunakan kaedah tinjauan dan temu bual ini melibatkan 1504 responden terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan empat dari 22 buah sekiolah disemenanjung Malaysia. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan min dan sisihan piawai serta regrasi berganda pada aras (p<0.05). Secara keseluruhan, hasil analisis data menunjukkan tahap pengetahuan akidah dan tahap penghayatan akhlak remaja Melayu di sekolah menengah kebangsaan adalah tinggi. Analisis data regrasi berganda menunjukkan tahap pengetahuan akidah memberi sumbangan yang sangat singnifikan terhadap pembangunan akhlak remaja melayu dis ekolah menengah kebangsaan di Malaysia.
Metadata
Sumber Maklumat: | Respositori Universiti Kebangsaan Malaysia |
---|---|
Taksonomi: | Pendidikan Melayu > Institusi Pendidikan Melayu |
Bidang: | Pendidikan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 03 Nov 2016 01:35 |
Kata Kunci: | Melayu, Pendidikan |