Yahaya, Faridah and Mohd Yasin, Mohd Hanafi and Tahar, Mohd Mokhtar (2013) Pencapaian Bahasa Melayu murid pendidikan khas bermasalah pendengaran dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) / Faridah Yahaya, Mohd Hanafi Mohd Yasin dan Mohd Mokhtar Tahar. In: Proceeding Seminar Internasional Indonesia- Malaysia Seri ke 3 : Isu-Isu Terkini Dalam Layanan Pendidikan Dan Dukungan Bagi Individu Berkebutuhan Khusus, Universitas Negeri Jakarta.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Di Malaysia, pencapaian Bahasa Melayu dinilai secara formal melalui peperiksaan. Murid Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran mengikuti kurikulum yang sama dengan murid tipikal dan mereka juga menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Ianya merujuk kepada gred-gred atau skor yang diperolehi oleh murid-murid dalam sesuatu ujian atau peperiksaan yang standard. Kajian ini dijalankan ke atas tiga buah Sekolah Menengah Kebangsaan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Selangor. Dua buah sekolah daripada Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Bermasalah Pendengaran. Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap pencapaian Bahasa Melayu dari tahun 2008 hingga tahun 2011. Sampel kajian terdiri daripada murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran Tingkatan 3. Instrumen kajian ini menggunakan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Bahasa Melayu. Data analisa pencapaian Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dikumpulkan ke atas Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ibrahim Yaacob (SMKDIY), Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz, Kajang dan Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad, Klang (Bermasalah Pendengaran). Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa kebanyakan responden mendapat pencapaian lulus sahaja iaitu gred D dan responden juga mendapat pencapaian gagal iaitu pada gred E. Kajian ini juga mengesyorkan beberapa cadangan untuk meningkatkan pencapaian Bahasa Melayu dalam kalangan murid Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran.
Metadata
Sumber Maklumat: | Respositori Universiti Kebangsaan Malaysia |
---|---|
Taksonomi: | Pendidikan Melayu > Bahasa Pendidikan Melayu > Institusi Pendidikan Melayu |
Bidang: | Pendidikan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 03 Nov 2016 01:30 |
Kata Kunci: | Melayu, Pendidikan |