Mohd Sharif, Mohd Saifun Aznin and Lubis, Maimun Aqsha (2014) Peradaban Islam dalam tamadun Melayu dari aspek pendidikan serta hubungannya dengan pendidikan masjid / Mohd Saifun Aznin Mohd Sharif dan Maimun Aqsha Lubis. In: Proceeding The 6th International Conference And Workshop On Asean Studies In Islamic Culture And Educational Technology (UMN AW-UKM), Fakulti Pendidikan UKM.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Makalah ini membicarakan tentang Peradaban Islam Dalam Tamadun Melayu dari aspek pendidikan serta hubungannya dengan pendidikan masjid. Dalam mendekati tajuk ini, pengkaji akan menerangkan pengaruh Islam ke atas masyarakat Melayu iaitu dapat dilihat pada aspek pendidikan itu sendiri. Penelitian ini bertitik tolak kerana melihat kepada peranan institusi masjid dalam menjadikan tamadun Islam sebagai tamadun yang begitu hebat pada suatu masa ketika dahulu. Melalui pendedahan ini, dapat diketahui zaman kegemilangan Islam telah berkembang luas daripada Semenanjung Tanah Arab seperti Sham dan Baghdad hingga ke Afrika Utara dan juga Andalus (Sepanyol). Di negeri-negeri ini juga dibina masjid- masjid sebagai tempat beribadat dan juga tempat mengajar ilmu-ilmu Islam. Lantaran itu, masyarakat Islam melayu di Asia Tenggara juga telah menjadikan masjid sebagai pusat utama dalam sistem pendidikan Islam pada ketika itu. Antara kesan yang paling dominan yang dapat dikesan ialah tertubuhnya pusat-pusat pengajian ilmu Islam seperti Samudera Pasai, Melaka, dan Acheh. Cetusan revolusi keilmuan dalam masyarakat Melayu ini bertitik tolak daripada penyebaran ilmu dan pendidikan yang bermula dari masjid. Hasilnya, masyarakat Melayu telah membina masjid-masjid yang berhampiran rumah tuan-tuan guru bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan menjadi pusat pengajian agama serta ibadah masyarakat setempat, serta di samping itu juga ianya menjadi pusat kemasyarakatan. Justeru, masjid mempunyai hubungan yang sangat penting dengan perkembangan pendidikan Islam di Malaysia. Sehubungan itu, dapat dibuat rumusan juga bahawa masjid memainkan peranan penting sehingga ke hari ini di seluruh tanah air sebagai pusat pengajian Islam atau pusat pendidikan Islam.
Metadata
Sumber Maklumat: | Respositori Universiti Kebangsaan Malaysia |
---|---|
Taksonomi: | Pendidikan Melayu > Sejarah Pendidikan Melayu |
Bidang: | Pendidikan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 03 Nov 2016 01:13 |
Kata Kunci: | Melayu, Pendidikan |