Hamid, Zulkifley (2014) Faktor Persekitaran Sekolah dan Etnik dalam Perancangan dan Pelaksanaan Program Pendidikan Bahasa Melayu di Malaysia / Zulkifley Hamid. Geografia Malaysian Journal of Society and Space.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Kajian ini dilakukan untuk menganalisis dan menilai pengaruh pemboleh ubah etnik dan persekitaran sekolah terhadap tahap penguasaan bahasa Melayu para pelajar Melayu dan Cina. Data kajian diperolehi melalui pentadbiran borang soal selidik kepada para pemaklum kajian. Borang soal selidik ini mengandungi tiga bahagian. Bahagian A mengumpul data demografi para pemaklum. Bahagian B menguji tahap penguasaan pengetahuan nahu para pelajar, dan bahagian C menguji tahap penguasaan kecekapan berbahasa Melyu. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan tahap penguasaan pengetahuan bahasa Melayu di antara pelajar Melayu dengan pelajar Cina. Dapatan kajian juga menunjukkan persekitaran sekolah hanya mempengaruhi para pelajar Melayu dengan ertikata prestasi bahasa Melayu mereka menurun apabila di tempatkan di dalam bilik darjah yang ramai pelajar Cina meskipun bahasa Melayu adalah bahasa ibunda mereka. Kajian ini membayangkan bahawa pemboleh ubah etnik dan persekitaran sekolah boleh memberikan impaks yang signifikan terhadap proses perancangan dan pelaksanaan program pendidikan bahasa Melayu di Malaysia. Katakunci: data demografi, etnisiti, kecekapan berbahasa, pendidikan bahasa, pengetahuan nahu, persekitaran sekolah
Metadata
Sumber Maklumat: | Respositori Universiti Kebangsaan Malaysia |
---|---|
Taksonomi: | Pendidikan Melayu > Bahasa Pendidikan Melayu > Institusi Pendidikan Melayu |
Bidang: | Pendidikan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 03 Nov 2016 01:10 |
Kata Kunci: | Melayu, Pendidikan |