Hamid, Zulkifley (2015) Pendidikan bahasa Melayu dalam masyarakat Malaysia kontemporari / Zulkifley Hamid. In: SEBAHTERA 2015 - Pengajian Melayu Kontemporari.
Hamid, Zulkifley (2015) Pendidikan bahasa Melayu dalam masyarakat Malaysia kontemporari / Zulkifley Hamid. In: SEBAHTERA 2015 - Pengajian Melayu Kontemporari.
Hamid, Zulkifley (2015) Pendidikan bahasa Melayu dalam masyarakat Malaysia kontemporari / Zulkifley Hamid. In: SEBAHTERA 2015 - Pengajian Melayu Kontemporari.
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
SEBAHTERA 2015 Pendidikan Bahasa Melayu dalam Masyarakat Malaysia Kontemporari Oleh Zulkifley bin Hamid (Prof. Dr.), PPBKKM FSSK UKM Abstrak Dalam kertas ini saya akan membincangkan ciri-ciri program pendidikan bahasa Melayu yang terbaik untuk masyarakat Malaysia kontemporari. Pelbagai topik penting tentang pendidikan bahasa Melayu untuk masyarakat Malaysia kontemporari akan dibincangkan. Antara lain, akan dibincangkan topik-topik yang berkaitan kesimbiosisan antara bahasa dan budaya Melayu, konsep kebitaraan dalam program pendidikan bahasa Melayu di Malaysia, aspek sosial dalam pendidikan bahasa Melayu dan topik tentang ketakseimbangan pengetahuan nahu dan kecekapan berbahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa Melayu. Turut dibincangkan adalah peranan bahasa Melayu sebagai bahasa penyatu untuk sebuah negara pelbagai etnik. Kertas ini akan memperlihatkan kepada kita bahawa pelbagai aspek berkaitan pendidikan bahasa Melayu perlu dikaji, dibentang, dibincang dan dirumus dapatannya. Bahasa Melayu merupakan aset kita yang paling berharga dalam menjamin kesinambungan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang pelbagai etnik, kepercayaan dan budaya. Bahasa Melayu ialah aset utama dalam proses pembinaan sebuah negara bangsa yang harmoni, negara yang akan terus mencipta kemajuan dan kejayaan dalam acuannya sendiri. Kata Kunci: Bahasa penyatu, Kebitaraan, Ketakseimbangan pengetahuan, Kontemporari dan Simbiosis. Latar Diri Prof. Dr. Zulkifley bin Hamid merupakan seorang professor di Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bidang kepakaran beliau ialah psikolinguistik dan pendidikan bahasa Melayu. Beliau mendapat pendidikan dari University of Sussex, England dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau banyak menulis dan melakukan pelbagai penyelidikan dalam bidang psikolinguistik dan pendidikan bahasa Melayu.
Metadata
Sumber Maklumat: | Respositori Universiti Kebangsaan Malaysia |
---|---|
Taksonomi: | Pendidikan Melayu > Bahasa |
Bidang: | Pendidikan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 03 Nov 2016 01:08 |
Kata Kunci: | Melayu, Pendidikan |