Hamid, Zulkifley and Harun, Mohd Asri and Abd Wahab, Kartini (2016) Pemupukan kemahiran berkomunikasi dalam program pendidikan bahasa Melayu di Malaysia / Zulkifley Hamid, Mohd Asri Harun dan Kartini Abd Wahab. In: Proceedings The Tenth International Malaysian Studies Conference (MSC 10), IKMAS, UKM.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
PEMUPUKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM PROGRAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA Zulkifley Bin Hamid Mohd Asri Bin Harun Kartini Abd Wahab Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, FSSK, UKM zulkifley@ukm.edu.my, 6973asri@gmail.com, kartini@ukm.edu.my ABSTRAK Kemahiran berkomunikasi merupakan aspek yang penting dalam program pendidikan bahasa Melayu. Kertas ini ditulis berasaskan data dari kajian yang dilakukan untuk melihat hubungan antara pengetahuan komunikatif dengan amalan pelaksanaan komunikatif guru bahasa Melayu di sekolah-sekolah rendah negeri Terengganu. Sampel kajian ini terdiri daripada 226 orang guru bahasa Melayu yang telah mengikuti Program Pensiswazahan Guru dari Institut Pendidikan Guru (IPG), Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Pengkaji menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan dan kolerasi. Item-item soal selidik yang menggunakan skala Likert 4 dibina bagi setiap pemboleh ubah. Data yang diperoleh diproses menggunakan perisian Amos 16.0. Kajian menunjukkan tahap pengetahuan komunikatif dan amalan pelaksanaan komunikatif guru bahasa Melayu sekolah rendah adalah pada tahap sederhana iaitu min 3.04 dan min 2.95. Dapatan kajian kolerasi pula menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang sederhana antara pengetahuan komunikatif dengan amalan komunikatif guru bahasa Melayu sekolah rendah dengan nilai r=0.61. Hal ini dijelaskankan oleh Guilfold (2006) yang menyatakan koefisien r >0.5 – 0.75 adalah menunjukkan hubungan yang sederhana antara dua pemboleh ubah. Ini bermakna tahap pengetahuan komunikatif yang sederhana mempunyai hubungan yang sederhana dengan tahap amalan pelaksanaan komunikatif yang sederhana dalam pengajaran bahasa Melayu di sekolah rendah. Ini juga bermaksud semakin tinggi tahap pengetahuan komunikatif guru maka semakin tinggi juga amalan pelaksanaan komunikatif guru bahasa Melayu sekolah rendah. Kata kunci: Pengetahuan komunikatif, amalan pelaksanaan komunikatif, guru bahasa Melayu, Program Pensiswazahan Guru dan hubungan yang sederhana.
Metadata
Sumber Maklumat: | Respositori Universiti Kebangsaan Malaysia |
---|---|
Taksonomi: | Pendidikan Melayu > Bahasa |
Bidang: | Pendidikan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 03 Nov 2016 00:10 |
Kata Kunci: | Melayu, Pendidikan |