Roslan, Farhana Dila and Badusah, Jamaluddin (2016) Mengintegrasi Persekitaran Fizikal-Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran Karangan Bahasa Melayu / Farhana Dila Roslan dan Jamaluddin Badusah. In: Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Kesusasteraan Melayu Kali Kelima.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Pengunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran telah meningkat secara releven. Penggunaan teknologi mewujudkan persekitaran fizikal-digital yang diintegrasikan dengan melibatkan pelajar dalam mencari pelbagai maklumat pembelajaran. Persekitaran fizikal- digital ini menggalakkan proses pembelajaran berpusatkan pelajar untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka. Pelbagai kajian lepas telah dilaksanakan bagi meneliti keberkesanan dan kepentingan penggunaan teknologi dalam perkembangan sistem pendidikan. Justeru, penghasilan kertas konsep ini bertujuan untuk melihat integrasi persekitaran fizikal-digital dalam pengajaran dan pembelajaran karangan bahasa Melayu. Dapatan kajian lepas membuktikan bahawa integrasi persekitaran fizikal-digital dalam kalangan pelajar memberikan mereka peluang dan pengalaman terhadap penggunaan peralatan digital seperti telefon bimbit dan komputer riba untuk mencapai maklumat, pembelajaran kendiri dan perbincangan kumpulan, serta melakukan pembentangan. Pertumbuhan pesat dalam penggunaan internet dan peningkatan peralatan digital mudah alih memberi kesan positif kepada guru dan pelajar. Dengan pengintegrasian persekitaran fizikal- digital dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dilihat telah meningkatkan kepuasan diri pelajar.
Metadata
Sumber Maklumat: | Repositori Universiti Kebangsaan Malaysia |
---|---|
Taksonomi: | Pendidikan Melayu > Bahasa |
Bidang: | Pendidikan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 02 Nov 2016 08:38 |
Kata Kunci: | Melayu, Pendidikan |