Ugek, Layang and Badusah, Jamaludin (2016) Amalan pengajaran literasi bahasa melayu di sekolah peribumi penan di Sarawak / Layang Ugek, Jamaludin Badusah. In: Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Kesusasteraan Melayu Kali Kelima.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Program literasi bahasa Melayu merupakan sebahagian daripada Program Literacy and Numeracy Screening (LINUS) yang dilaksanakan kepada murid-murid tahap 1 sekolah rendah. Kemahiran ini sangat penting dan perlu dikuasai oleh murid-murid tahap 1 sebelum mereka melangkah ke tahap 2. Kegagalan murid-murid menguasai kemahiran ini sudah tentu akan menjejaskan penguasaan murid-murid dalam mata pelajaran yang lain. Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengetahui strategi pengajaran literasi bahasa Melayu di samping mengenal pasti kekangan yang dihadapi oleh guru. Perkara utama yang diberi tumpuan dalam kajian ini ialah proses pengajaran yang dilaksanakan oleh guru dari segi pengaplikasian teknik, kaedah dan pendekatan yang sesuai dengan harapan menghasilkan model pengajaran bahasa Melayu untuk sekolah peribumi Penan di Sarawak. Kajian ini adalah kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif dengan teknik persampelan bertujuan. Seramai lima orang guru bahasa Melayu yang mengajar tahap 2 di dua buah sekolah rendah peribumi Penan dipilih sebagai responden temu bual kajian ini iaitu sebuah sekolah rendah di daerah Belaga dan sebuah di daerah Baram. Manakala data temu bual ini pula disokong oleh data pemerhatian dan analisis dokumen. Hasil kajian mendapati pengajaran guru dalam seminggu mempunyai proses pengajaran yang bersistem untuk memudahkan perancangan guru mengikut tahap pencapaian murid. Strategi sebegini dapat membantu murid- murid mengetahui dengan lebih awal kemahiran-kemahiran yang akan diajar oleh guru. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa guru menghadapi pelbagai kekangan dalam usaha meningkatkan prestasi akademik murid-murid peribumi Penan sama ada daripada murid- murid itu sendiri dan juga ibu bapa yang masih tidak mementingkan pelajaran.
Metadata
Sumber Maklumat: | Repositori Universiti Kebangsaan Malaysia |
---|---|
Taksonomi: | Pendidikan Melayu > Bahasa |
Bidang: | Pendidikan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 02 Nov 2016 08:32 |
Kata Kunci: | Melayu, Pendidikan |