Ab. Karim, Ab. Razak, Prof. Madya Dr. (2015) Pengintenasionalan Bahasa Melayu oleh Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya di China, Thailand dan Singapura / Prof. Madya Dr Ab. Razak Ab. Karim. In: Memperkokoh Bahasa Indonesia sebagai Bahasa Internasional melalui diplomasi Bahasa dan Sastra dan Budaya, Universitas Islam, Malang, Indonesia.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Bahasa Melayu menurut catatan sejarah telah digunakan oleh masyarakat di rantau ini sejak abad ke-7lagi berasaskan penemuan prasasti batu bersurat di Talang Tuwo, Kedukan Bukit, Kota Kapor, dan Karang Brahi di Sumatera. Sejak itu bahasaMelayu mula berkembang dan pada abad ke-14 hingga abad ke-19 bahasa Melayu klasik telah berkembang dan memainkan peranannya sebagai bahasa antarabangsa, bahasa ilmu pengetahuan, bahasa perdagangan, bahasa dalam pemikiran dan falsafah falsafah dan sebagainya. Pad a waktu itu bahasa Melayu begitu agung sebagai linguafranca dan keagungannya diiktiraf oleh penjajah sehinggalah penjajah kemudiannya menghancurkan bahasa Melayu sehingga bahasa Melayu kurang berfungsi dan lemah dalam pelbagai perkara. Melalui perjanjian Inggeris Belanda pada tahun 1824 terjadinya pemisahan wilayah pentadbir antara Malaysia dan Indonesia dan ini mengakibatkan bahasa Melayu semakin lemah sedangkan bahasa Melayu sebelum ini tiada sempadan wilayah pentadbiran antara kedua-dua buah negara. Menjelang kemerdekaan Malaysia bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa Kebangsaan dan berfungsi sebagai bahasarasmi negara merdeka. Sehinggalah abad ke-20 bahasa Melayu melalui pelbagai onak dan duri dalam perkembangannya dan dalam era global ini bahasa Melayu telah diamanahkan agar menjadi salah satu bahasa utama dunia. Amanah ini telah digalas oleh Universiti Malaya melalui labatan Bahasa Melayu (JBM) , Akademi Pengajian Melayu (APM) untuk menginternasionalkan bahasa Melayu di negara-negara yang yang mempunyai potensi mengembangkan bahasa ini. Dalam makalah ini akan dibincangkan usaha-usaha dan langah-langkah yang diambil oleh JBM dalam mengembangkan bahasa Melayu di China, Singapura, Thailand dan Singapura. Sehingga kini bahasa Melayu telah menjadi bahasa yang sangat penting di China dan Singapura dan bilangan pelajar dari tahun ke tahun semakin bertambah. Di samping itu, permintaan daripada universiti-universiti di China untuk mengadakan MOU dan MOA bertambah setiap tahun kerana permintaan terhadap graduan bahasa Melayu begitu tinggi sekali.
Metadata
Sumber Maklumat: | UM Research Repository |
---|---|
Taksonomi: | Pendidikan Melayu > Bahasa Pendidikan Melayu > Institusi Pendidikan Melayu |
Bidang: | Pendidikan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 02 Nov 2016 07:32 |
Download
Filename: Pengintenasionalan_bahasa_melayu.pdf