Musa, Mahani (2005) Sejarah & sosioekonomi wanita Melayu Kedah, 1881-1940 / Mahani Musa. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. ISBN 9789679427271
Musa, Mahani (2005) Sejarah & sosioekonomi wanita Melayu Kedah, 1881-1940 / Mahani Musa. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. ISBN 9789679427271
Musa, Mahani (2005) Sejarah & sosioekonomi wanita Melayu Kedah, 1881-1940 / Mahani Musa. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. ISBN 9789679427271
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Wanita bangsawan seperti Wan Masheran, Wan Hajar, dan Wan Fatimah mempunyai pengaruh dalam politik negeri Kedah pada abad ke-19. Mereka juga terlibat dalam pelbagai kegiatan ekonomi. Kedudukan sebagai kerabat diraja ternyata membuka banyak peluang untuk berdagang dan mengumpulkan harta. Walau bagaimanapun, penglibatan dalam sektor ekonomi ini hanya melibatkan sebilangan kecil wanita bangsawan yang bijak dan bercita-cita tinggi seperti Che Manjalara isteri Sultan Abdul Hamid. Sumbangan penting terhadap pertumbuhan ekonomi negeri Kedah sejak sebelum kedatangan British pada tahun 1909. Meskipun keaktifan bekerja dan mengumpul harta ini tidak dapat digambarkan dengan angka-angka dan bancian (kecuali banci pekerjaan), namun ini tidak dapat memadamkan hakikat bahawa wanita Melayu merupakan pencari rezeki yang aktif di negeri itu. Pembahagian buruh dan upah serta kemunculan tanah sebagai komoditi yang dibawa masuk oleh penjajahan telah menjadikan wanita dalam mana-mana negara yang dijajah semakin terpinggir dalam sektor pertanian. Meskipun tekanan sebegini wujud dalam mana-mana negara yang dijajah, namun ia tidak bermaksud semua masyarakat yang dijajah itu pasif terhadap perubahan. Wanita Melayu Kedah semasa era penjajahan, misalnya, bukan sahaja giat memohon tanah dan mengumpul harta malah bersedia mempertahankan harta mereka daripada jatuh ke tangan pihak lain.
Metadata
Sumber Maklumat: | WEBOPAC Perpustakaan Universiti Sultan Zainal Abidin |
---|---|
Taksonomi: | Ekonomi Melayu > Pembangunan Ekonomi Melayu Ekonomi Melayu > Sejarah Perkembangan |
Bidang: | Ekonomi Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 18 Oct 2016 06:18 |
Kata Kunci: | Sosioekonomi, Sejarah perkembangan |
Download
Filename: B_MAHANI MUSA 05.pdf