Abdullah, Suhaila and Othman, Mohd Sukki (2011) Peranan dan Sumbangan Ulama’ ‘Tiga Serangkai’ dalam Perkembangan Islam dan Transformasi Sosial di Malaysia / Suhaila Abdullah & Mohd Sukki Othman. In: NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 November 2011 (Jumaat & Sabtu), Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Para ulama’ di Nusantara telah memainkan peranan yang penting dalam perkembangan ajaran Islam dan transformasi sosial di rantau ini. Sumbangan mereka bukan sahaja terletak pada dakwah secara lisan di dalam masyarakat, bahkan mereka juga menghasilkan karya-karya yang amat bermanfaat yang dapat dijadikan sebagai suatu warisan ilmu yang diperturunkan untuk panduan generasi selepasnya. Mereka telah memberikan sumbangan yang amat penting dan bermakna dalam menyebarkan ilmu pengetahuan sesuai dengan asas utama dalam ajaran Islam yang memberikan penekanan kepada aspek ilmu pengetahuan. Sejarah telah membuktikan bahawa penglibatan dan sumbangan para ulama’ di Nusantara ini telah membawa kesan yang besar ke arah kecemerlangan ketamadunan masyarakat Islam dan transformasi sosial di Alam Melayu. Justeru, kertas kerja ini cuba memfokuskan kepada peranan dan sumbangan ulama’ ’tiga serangkai’ dalam perkembangan Islam dan transformasi sosial di Malaysia. Tokoh ulama’ ’tiga serangkai’ yang dimaksudkan itu ialah Syeikh Abdul Samad al-Falimbani (1704-1828), Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari (1710-1812) dan Syeikh Daud alFatani (1769-1847). ’Tiga Serangkai’ merujuk kepada sumbangan para ulama’ sezaman ini yang saling melengkapi dalam disiplin ilmu fardhu ain iaitu tauhid, fiqh dan tasawwuf. Selain itu, kertas kerja ini juga akan membincangkan karya-karya mereka yang mewakili ketiga-tiga disiplin ilmu fardhu ain tersebut iaitu Sayr al-Salikin, Sabil al-Muhtadin dan al-Durr al-Thamin fi Aqa’id al-Mukminin. Fokus kepada karya-karya ini juga akan dilihat dari sudut sumbangannya ke arah perkembangan keintelektualan dan transformasi sosial pada masa kini.
Metadata
Sumber Maklumat: | Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia |
---|---|
Taksonomi: | Islam dan Keintelektualan Melayu > Pemikiran Islam dan Keintelektualan Melayu > Tokoh Ulama |
Bidang: | Islam dan Keintelektualan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 02 Nov 2016 01:01 |
Kata Kunci: | Peranan, Sumbangan Ulama’, ‘Tiga Serangkai’, Perkembangan Islam, Transformasi, Sosial, Malaysia |