Fatimah, Abdullah (2009) Dari halaman rumah ke Dewan Merak Kayangan: Upacara perkahwinan Melayu bandar / Fatimah Abdullah. SARI: Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 27. pp. 97-107. ISSN 0127-2721

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Setiap masyarakat mempunyai caranya untuk meraikan upacara penting. Ia bukan sahaja membayangkan integrasi, tetapi juga memperlihatkan adat resam masyarakat itu. Kalau dalam masyarakat tradisional, perpaduan mekanikal penting dengan semua ahli mengambil bahagian, tetapi dalam masyarakat moden, ikatan sosial organik semakin dominan. Sebagai institusi sosial, keluarga terpisah daripada institusi ekonomi bila aktiviti itu tidak lagi dilakukan dalam keluarga dengan ahli keluarga dibayar upah kerana tenaga kerja mereka. Makalah ini akan mengupas perubahan kepada upacara perkahwinan. Pandangan yang dikemukakan ini adalah berdasarkan pemerhatian dan kajian ke atas keluarga kelas menengah Melayu di bandar. Makna upacara perkahwinan yang menjadi lambang perpaduan keluarga dan masyarakat masa dahulu telah semakin terhakis berikutan kebanyakan aktivitinya diambil alih agensi komersial. Kini upacara perkahwinan lebih berupa lambang status keluarga.
Metadata
Sumber Maklumat: | UKM Journal Article Repository |
---|---|
Taksonomi: | Adat dan Budaya Melayu > Adat Perkahwinan Adat dan Budaya Melayu > Adat Resam & Tradisi Adat dan Budaya Melayu > Kepercayaan Melayu Adat dan Budaya Melayu > Adat Resam & Tradisi > Perkahwinan |
Bidang: | Adat dan Budaya Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 02 Nov 2016 00:46 |
Kata Kunci: | Keluarga, perkahwinan, perpaduan, kelas sosial, individualisme |