Rahimah, A. Hamid (2010) Piama dan petua tradisi: Ilmu menanam padi masyarakat Melayu di utara semenanjung Malaysia / Rahimah A. Hamid. SARI: Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 28 (2). pp. 211-233. ISSN 0127-2721
Rahimah, A. Hamid (2010) Piama dan petua tradisi: Ilmu menanam padi masyarakat Melayu di utara semenanjung Malaysia / Rahimah A. Hamid. SARI: Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 28 (2). pp. 211-233. ISSN 0127-2721
Rahimah, A. Hamid (2010) Piama dan petua tradisi: Ilmu menanam padi masyarakat Melayu di utara semenanjung Malaysia / Rahimah A. Hamid. SARI: Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 28 (2). pp. 211-233. ISSN 0127-2721
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Makalah ini bertujuan membincangkan piama dan petua tradisi sebagai suatu ilmu bagi para pesawah dahulu dalam mengusahakan pertanian padi. Kajian ini dilakukan khusus di kawasan Utara Semenanjung Malaysia, iaitu meliputi negeri-negeri seperti Perlis, Kedah Darul Aman dan Pulau Pinang. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian lapangan dengan menemu bual lima orang pesawah yang masih mengerjakan sawah padi, melawat kawasan sawah/ bendang, melakukan kajian di Muzium Padi di Kedah dan melakukan kajian kepustakaan dengan meneliti tulisan tentang piama oleh penulis Timur dan Barat, juga tentang petua tradisi. Hasil yang diperoleh menunjukkan bahawa pesawah dahulu memang mengamalkan ilmu tentang piama dan petua tradisi ini dalam mengusahakan sawah padi mereka. Hal ini demikian kerana padi merupakan tumbuhan suci dan penting bagi sesetengah bangsa, malah menjadi makanan ruji kepada sebilangan besar penduduk di dunia ini. Justeru padi begitu penting, maka pelbagai usaha dilakukan pesawah untuk membolehkan padi yang ditanam mendatangkan hasil yang lumayan. Kajian ini juga menemukan bahawa pesawah merupakan pengamat dan penghayat yang peka terhadap fenomena alam dan mereka belajar dari alam maya. Sesuatu fenomena alam yang berlaku berulang-ulang kali sepanjang mereka mengusahakan penanaman padi akan terakam dalam minda masyarakat pesawah hingga membentuk suatu ilmu tentang pemenggalan masa penanaman padi (piama) dan juga tentang apa yang harus diamalkan, serta yang tidak harus diamalkan semasa mengerjakan penanaman padi (petua tradisi). Ilmu ini dipegang dan diamalkan dengan tujuan supaya padi yang diusahakan mendatangkan hasil yang lumayan. Hal inilah yang telah menimbulkan ilmu yang khas tentang penanaman padi.Walau bagaimanapun, peredaran masa dan kemajuan teknologi telah menyebabkan ilmu tentang piama semakin terhakis, sementara petua-petua tradisi yang dilihat bercanggah dengan agama semakin ditinggalkan. Kajian ini dilihat penting kerana dapat menjadi suatu rakaman sosiobudaya tentang dunia persawahan dalam masyarakat dahulu untuk diketahui oleh masyarakat masa kini.
Metadata
Sumber Maklumat: | UKM Journal Article Repository |
---|---|
Taksonomi: | Adat dan Budaya Melayu > Adat Tradisi |
Bidang: | Adat dan Budaya Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 02 Nov 2016 00:37 |
Kata Kunci: | Padi, ilmu, piama, petua tradisi |