Nor Hashimah, Jalaluddin and Norsimah, Mat Awal (2006) Citra lelaki dulu dan kini dalam prosa Melayu: analisis teori relevans / Nor Hashimah Jalaluddin, Norsimah Mat Awal. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 1 (1). pp. 1-21. ISSN 1823-884x

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Banyak kajian telah ditulis mengenai wanita tetapi tidak banyak yang dikaji mengenai lelaki. Novel sebagai salah satu bahan korpus mampu menggambarkan lelaki Melayu yang boleh dijadikan rujukan yang menyamai dunia realiti. Budaya Melayu selalu menyanjung lelaki sebagai mereka yang berkuasa, tempat berpaut bagi wanita, kuat, sentiasa ‘tidak bersalah’ dalam tindak tanduk, telah memberikan persepsi seolah-olah dunia ini milik lelaki. Ciri-ciri ini terjelma dalam filem-filem P. Ramlee, drama-drama, novel-novel klasik malah novel-novel popular hari ini. Jelasnya tidak wujud anjakan paradigma pada penilaian terhadap citra lelaki ini. Teori Relevans, teori yang mementingkan pemprosesan maklumat mampu membantu pembaca memahami watakwatak lelaki yang dilakarkan dengan saintifik. Makalah ini melihat citra lelaki Melayu melalui analisis Teori Relevans dengan menggunakan korpus filem dan novel bagi mensahihkan persepsi di atas. Eksplikatur dan implikatur pada mesej yang hendak disampaikan akan dicungkil bagi memudahkan pemahaman pembaca mengenali peribadi lelaki Melayu ini.
Metadata
Sumber Maklumat: | UKM Journal Article Repository |
---|---|
Taksonomi: | Adat dan Budaya Melayu > Nilai-nilai Sosial Adat dan Budaya Melayu > Pemikiran Melayu |
Bidang: | Adat dan Budaya Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 02 Nov 2016 00:07 |
Kata Kunci: | Implikatur, eksplikatur, citra, korpus |