Zanisah, Man and Nurul Fatanah, Zahari and Mustaffa, Omar (2009) Kesan ekonomi pelancongan terhadap komuniti batek di Kuala Tahan, Pahang / Zanisah Man, Nurul Fatanah Zahari, Mustaffa Omar. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 4 (1). pp. 1-12. ISSN 1823-884x

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Pelancongan dilihat memainkan peranan penting dalam penjanaan peluang pekerjaan dan pendapatan bagi komuniti Batek yang menetap di sekitar Taman Negara, Pahang. Tulisan ini bertujuan untuk mengupas isu dan cabaran yang dihadapi komuniti Batek kesan daripada perkembangan industri pelancongan di Kuala Tahan, Pahang. Dalam konteks ini, komuniti Batek tidak terkecuali turut menerima limpahan daripada perkembangan industri ini. Penglibatan komuniti Batek dalam ekonomi pelancongan di Taman Negara, Pahang boleh dibahagi kepada dua kategori iaitu sebagai pekerja (pemandu pelancong dan pemandu bot) dan juga sebagai subjek tarikan pelancong itu sendiri (ikon budaya). Golongan wanita terutamanya di Kg. Gua Telinga dan Kg. Dedari juga turut melibatkan diri dalam ekonomi ini sebagai penghasil kraftangan dengan kaum lelaki membantu memasarkan hasil produk tersebut. Walaupun begitu, penglibatan komuniti Batek dalam industri pelancongan ini sama ada sebagai pemandu pelancong dan/atau pemandu bot amat bergantung kepada hubungan baik mereka dengan masyarakat luar, selain mempunyai kemahiran berkomunikasi ketika berhadapan dengan pelancong asing. Pelancongan juga telah meninggalkan beberapa impak tertentu ke atas komuniti Batek. Antaranya termasuklah mengganggu hak privacy individu dan komuniti Batek, hak komuniti dalam mempertahankan keaslian budaya, membataskan kebebasan bergerak mencari sumber kehidupan daripada situasi sebelumnya, meningkatnya ancaman kesihatan dan jangkitan penyakit dari luar, bertambahnya tuntutan kepada penghasilan produk lebih berkualiti untuk tujuan pasaran, dan akhir sekali meningkatnya persaingan dan eksploitasi punca pencarian dengan pihak luar.
Metadata
Sumber Maklumat: | UKM Journal Article Repository |
---|---|
Taksonomi: | Ekonomi Melayu > Kegiatan Ekonomi Ekonomi Melayu > Pembangunan Ekonomi Melayu |
Bidang: | Ekonomi Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 01 Nov 2016 23:58 |
Kata Kunci: | Ekonomi pelancongan, Taman Negara Kuala Tahan, penyertaan dan keterlibatan komuniti, isu dan cabaran |