Salfarina, Abdul Gapor and Daniel Ugih, Anak Echoh (2013) Tren penanaman dan kegunaan tumbuhan herba dalam kalangan masyarakat Melayu di Balik Pulau, Pulau Pinang / Salfarina Abdul Gapor, Daniel Ugih Anak Echoh. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 8 (1). pp. 1-9. ISSN 1823-884x

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Balik Pulau merupakan daerah yang masih kaya dengan kepelbagaian budaya dan warisan masyarakat Melayu tradisional. Jika dibandingkan dengan daerah Timur Laut yang membangun dengan pesat akibat proses pembandaran, masyarakat Melayu di Balik Pulau masih mengamalkan konsep perkarangan tanaman herba. Objektif artikel ini adalah untuk menerangkan tren penanaman tumbuhan herba dan kegunaannya dalam kehidupan seharian masyarakat di Balik Pulau. Antara tumbuhan herba yang ditanam adalah seperti serai, pegaga, cili, limau purut, limau nipis, limau kasturi dan banyak lagi. Tumbuhan herba tersebut digunakan untuk tujuan masakan, perubatan, hiasan dan ada juga untuk tujuan komersial. Kaedah penyelidikan kuantitatif telah dipilih dengan melakukan survei di lima buah kampung iaitu Kampung Pulau Betong, Kampung Terang, Kampung Genting, Kampung Sungai Burong dan Kampung Jalan Bharu. Berdasarkan penemuan, majoriti responden yang ditemubual masih menanam tumbuhan herba yang biasa digunakan seperti, serai, pandan, kunyit, lengkuas, dan daun kari. Kebanyakannya digunakan untuk tujuan masakan, manakala hanya segelintir sahaja yang menggunakan tumbuhan herba untuk perubatan dan perhiasan.
Metadata
Koleksi: | Koleksi Negeri > Koleksi Pulau Pinang |
---|---|
Sumber Maklumat: | UKM Journal Article Repository |
Taksonomi: | Adat dan Budaya Melayu > Kepercayaan Melayu Adat dan Budaya Melayu > Nilai-nilai Sosial Adat dan Budaya Melayu > Pemikiran Melayu Perubatan > Herba |
Bidang: | Adat dan Budaya Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 01 Nov 2016 23:44 |
Kata Kunci: | Biodiversiti, herba, pembangunan lestari, Balik Pulau, komuniti |