Buerah, Tunggak and Hussin, Salamon (2014) Perubahan sikap keusahawanan usahawan melayu di Malaysia / Buerah Tunggak, Hussin Salamon. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 9 (1). pp. 98-116. ISSN 1823-884x

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Usaha bagi melahirkan individu usahawan Bumiputera dalam bidang ekonomi dan perniagaan memerlukan perubahan sikap dan nilai. Di samping itu usaha melahirkan usahawan yang memiliki etika dan nilai Islam dilihat semakin mendesak memandangkan keperluan kepada penghayatan ajaran Islam dalam semua aspek kehidupan termasuk yang berkaitan dengan perniagaan dan keusahawanan. Namun sikap negatif dan kurang beretika didapati menghalang keupayaan, daya tahan dan daya saing usahawan bumiputera berbanding usahawan bangsa lain. Oleh itu kajian ini bertujuan mengkaji budaya niaga usahawan bumiputera dengan memfokus terhadap sikap keusahawanan usahawan Bumiputera dalam kategori Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Aspek sikap dikaji berdasarkan dua tema utama i) ciri kebebasan dan ii) ciri kejujuran. Ciri kebebasan dibahagikan kepada sub-tema; pergantungan berterusan kepada bantuan kerajaan, bergantung kepada kontrak kerajaan, isu melobi dan perbuatan rasuah, manakala ciri kejujuran dibahagi kepada sub-tema kegagalan membayar balik pinjaman, dan mengalibabakan perniagaan. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah mix-method yang melibatkan kajian kuantatif menggunakan instrumen soal selidik sementara kajian kualitatif menggunakan temu bual dan analisis dokumen. Analisis adalah berasaskan soal selidik dan temu bual bersama usahawan bumiputera PKS yang menerima pembiayaan MARA di negeri Johor. Disamping itu peserta temu bual juga melibatkan usahawan Bumiputera PKS yang bukan penerima pembiayaan MARA, pegawai kanan MARA, pegawai MARA daerah yang mengelolakan pembiayaan, dan program latihan dan pembangunan serta usahawan Bumiputera berjaya. Dapatan kajian menunjukkan faktor sikap keusahawanan kritikal dalam mempengaruhi kelemahan usahawan bumiputera di Malaysia.
Metadata
Sumber Maklumat: | UKM Journal Article Repository |
---|---|
Taksonomi: | Ekonomi Melayu > Pemikiran Ekonomi Melayu |
Bidang: | Ekonomi Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 01 Nov 2016 23:34 |
Kata Kunci: | Sikap keusahawanan, etika dan nilai, perusahawaan kecil dan sederhana (PKS), usahawan bumiputera, perubahan |