Baharum, Nurizan (2011) Pengaruh Reformasi Pendidikan Muhammad Abduh / Nurizan Baharum. In: NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 November 2011 (Jumaat & Sabtu), Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Muhammad Abduh (1849 – 1905M) merupakan seorang tokoh ulama dan pemikir Islam terkenal yang muncul dalam suasana dunia Islam dibelenggu dengan pelbagai masalah seperti penjajahan dan kemunduran. Pandangan dan usaha pembaharuan serta pemodenan yang diperjuangkan oleh Muhammad Abduh bertujuan menonjolkan penyesuaian antara Islam dan kemajuan moden agar umat Islam bangkit untuk memajukan diri supaya tidak terus dicengkam oleh kuasa penjajah. Pendidikan umat Islam menjadi tumpuan utama dalam usaha pembaharuannya. Melaluinya, idea-idea diperkembangkan dengan harapan diterima masyarakat sebagai wadah perubahan ke arah yang lebih baik. Artikel ini akan membincangkan mengenai pengaruh reformasi pendidikan yang telah digerakkan oleh Muhammad Abduh di Mesir kepada beberapa negara di Asia termasuk Malaysia dan Indonesia. Tokoh-tokoh kebangkitan Islam di negara-negara tersebut telah menjadikan pendidikan sebagai wadah utama untuk membangunkan masyarakat Islam ke arah kehidupan yang lebih cemerlang.
Metadata
Sumber Maklumat: | Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia |
---|---|
Taksonomi: | Islam dan Keintelektualan Melayu > Pemikiran Islam dan Keintelektualan Melayu > Tokoh Ulama |
Bidang: | Islam dan Keintelektualan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 01 Nov 2016 09:41 |
Kata Kunci: | Reformasi, Pendidikan, Muhammad Abduh, Syed Syeikh al-Hadi |