Haniffa, Mohamed Ali and Othman, Mohammad Redzuan (2011) Islam dan Survival Bangsa: Peranan Pemimpin Agama dalam Membangkitkan Kesedaran Menghadapi Konflik Melayu-Cina 1945-1948 / Mohamed Ali Haniffa & Mohammad Redzuan Othman. In: NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 November 2011 (Jumaat & Sabtu), Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Kertas kerja ini mengemukakan peranan ulama dalam membangkitkan kesedaran masyarakat Melayu khususnya ketika pemerintahan kuasa kolonial di Tanah Melayu. Ulama abad ke-19 muncul di kebanyakan negeri di Tanah Melayu dan mempunyai kedudukan yang tinggi di mata masyarakat. Ulama berperanan sebagai agen perubahan, dan masyarakat menjadikan mereka sebagai role model. Penindasan serta perencanaan penjajah yang tidak seimbang, telah menyebabkan masyarakat Melayu mula memikirkan survival bangsa. Agama telah menjadi tenaga pendorong dan penguat kepada kesedaran dan perjuangan orang Melayu. Golongan Imam, guru agama serta ulama di beberapa buah negeri mula mengajar ilmu kebatinan serta seni mempertahankan diri apabila kehidupan mereka diancam oleh orang Cina. Kekejaman Bintang Tiga melakukan pembunuhan ke atas orang Melayu telah menyebabkan golongan ulama memanifestasikan prinsip jihad serta Sabilillah. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kepustakaan, melibatkan dokumen, fail serta kajian lapangan. Hasil kajian mendapati bahawa golongan Imam, guru agama serta ulama telah berperanan besar dalam memastikan kelangsungan survival Melayu Islam ketika Tanah Melayu dijajah dan di ancam oleh Bintang Tiga. Bagi orang Melayu yang beragama Islam, mereka sudah sinonim dengan perjuangan mempertahankan kesucian agama Islam sejak dahulu lagi. Islam bukan sahaja digunakan sebagai intipati di dalam perjuangan, sebaliknya sebagai elemen utama dalam menggerakkan kebangkitan masyarakat Melayu mempertahankan hak mereka. Perbezaan budaya hidup tanpa mempunyai sikap bertolak-ansur serta perlanggaran ke atas kesucian agama Islam telah menjadi salah satu sebab meletusnya konflik etnik di antara orang Melayu-Cina. Islam telah mencetuskan nasionalisme bukan sahaja untuk menghadapi ancaman terhadap kesucian agama Islam tetapi lebih bersifat untuk membebaskan tanahair.
Metadata
Sumber Maklumat: | Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia |
---|---|
Taksonomi: | Islam dan Keintelektualan Melayu > Pemikiran Islam dan Keintelektualan Melayu > Tokoh Ulama |
Bidang: | Islam dan Keintelektualan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 01 Nov 2016 09:23 |
Kata Kunci: | Islam, Survival Bangsa, Peranan Pemimpin, Agama, Kesedaran, Konflik, Melayu, Cina, 1945, 1948 |