M Suhaimi, Abdul Qayyum and Mohd Nor, Mohd Roslan (2011) Haji Abdul Rahman Limbong dan Kebangkitan Rakyat di Terengganu 1928 / Abdul Qayyum M Suhaimi & Mohd Roslan Mohd Nor. In: NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 November 2011 (Jumaat & Sabtu), Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Terengganu merupakan antara negeri terawal menerima kedatangan Islam di Tanah Melayu. Kelahiran tokoh-tokoh agama di Terengganu menjadikan masyarakat setempat sentiasa mendampingi tokohtokoh agama ini. Abdul Rahman Limbong merupakan salah seorang tokoh agama dan pemimpin di Terengganu yang memimpin rakyat untuk bangkit menentang penjajah terutamanya dari kalangan petani yang mana penceritaannya kurang didedahkan Perjuangan beliau dan juga rakyat Terengganu ketika itu dikatakan perjuangan tani kerana rakyat kebanyakan ketika itu bekerja sebagai petani. Kertas kerja ini dikemukakan bagi membincangkan latarbelakang serta ketokohan Haji Abdul Rahman Limbong dan juga peranannya dalam kebangkitan di Terengganu. Dalam usaha penelitian ini, beberapa perkara akan diberikan tumpuan. Pertama latarbelakang Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu sebagai pemimpin dan juga ulama, keduanya kisah kebangkitan menentang penjajah di Terengganu yang dipelopori oleh golongan petani. Ketiganya analisis mengenai sumbangan dan peranan beliau dalam kebangkitan rakyat di Terengganu dan akhirnya keempat kesimpulan dan beberapa cadangan mengenai kajian ini.
Metadata
Sumber Maklumat: | Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia |
---|---|
Taksonomi: | Islam dan Keintelektualan Melayu > Pemikiran Islam dan Keintelektualan Melayu > Tokoh Ulama |
Bidang: | Islam dan Keintelektualan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 01 Nov 2016 08:56 |
Kata Kunci: | Abdul Rahman, Limbong,Kebangkitan, Rakyat, Terengganu, 1928 |