Wan, Hashim (1976) Struktur ekonomi moden dan perubahan sistem nilai masyarakat melayu luar bandar - kajian kes sebuah kampung melayu di Hulu Perak / Wan Hashim. AKADEMIKA, 9. pp. 41-52. ISSN 0126-5008

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Esei ini merupakan satu kajian kes mengenai sistem nilai masyarakat Melayu luar bandar. Perkara yang dibincangkan ialah perubahan sistem nilai yang ditimbulkan oleh perubahan alam sekitar di kawasan perkampungan komuniti itu. Penulis mencuba mencari jawaban bagi soal setakat manakah pentingnya faktor nilai dan sikap dalam mempengaruhi pemilihan kegiatan ekonomi orang-orang Melayu luar bandar. Secara tidak langsung penulis mencuba memberi jawaban tentang pentingnya atau tidak pentingnya sistem nilai bagi sesuatu masyarakat itu sebagai penghalang atau pendorong kepada kemajuan. Berdasarkan pada bahan empirikal dari kajilidikannya, penulis mendapati bahawa sistem nilai bukanlah satu faktor yang penting dalam menentukan pilihan jenis-jenis kegiatan ekonomi atau pekerjaan yang terbuka kepada mereka. Apa yang penting ialah tekanan ekonomi dan kehendak material bagi memenuhi keperluan hidup mereka seharian.
Metadata
Sumber Maklumat: | UKM Journal Article Repository |
---|---|
Taksonomi: | Ekonomi Melayu > Pembangunan Ekonomi Melayu |
Bidang: | Ekonomi Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 01 Nov 2016 08:59 |
Kata Kunci: | Struktur ekonomi |