Dahlan, H.M. (1976) Malay traditional society and a colonial encounter / Dahlan, H.M. AKADEMIKA, 9. pp. 1-20. ISSN 0126-5008
Dahlan, H.M. (1976) Malay traditional society and a colonial encounter / Dahlan, H.M. AKADEMIKA, 9. pp. 1-20. ISSN 0126-5008
Dahlan, H.M. (1976) Malay traditional society and a colonial encounter / Dahlan, H.M. AKADEMIKA, 9. pp. 1-20. ISSN 0126-5008
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Peralihan pusat-pusat Nusantara selepas abad keenam belas dan selanjutnya pemecahan Nusantara kepada unit-unit politik selepas abad yang kesembilan belas merupakan akibat langsung dari pergelutan kuasa-kuasa kolonial di rantau ini, serta perubahan-perubahan politik dan teknologi di kalangan kuasa-kuasa kolonial. Matlamat utama dalam perjuangan antara kuasa-kuasa kolonial ini ialah mengujudkan satu sistem politik kolonial yang dapat menguasai sistem ekonomi kolonial, justru itu menjaga kepentingan-kepentingan ekonomi di tanah-tanah jajahan diserata dunia. Inilah pada intipatinya program satelitisasi penjajahan. Integrasi pusat Kemaharajaan Melaka ke dalam orbit kolonial Barat mengakibatkan disintegrasi kemaharajaan tersebut, yang kemudiannya beralih pusat ke Johor-Riau-Lingga selepas abad yang ketujuh belas. Pada masa itu, Aceh, Banten dan Batavia telah muncul sebagai tiga pusat terkemuka di Nusantara. Dalam abad yang kedelapan belas, Batavia mendahului pusat-pusat lain di rantau ini, dan kemunculannya berkait rapat dengan konsolidasi kuasa kolonial Belanda di Timur Jauh. Destini Kemaharajaan Johor seterusnya terletak atas persaingan antara kuasa Belanda dan Inggeris. 'Waterloo' antara kedua kuasa ini berlaku dalam tahun 1824: dengan itu juga Nusantara melalui satu proses sejarah yang sama sekali menghancurkan asas sejarah budaya Nusantara sebagai satu unit sosio-politik di rantau ini. Selepas 1824, sejarah Nusantara menjadi sejarah satelitisasi Barat ke atas pusat-pusat pengeluaran di rantau ini. Dalam abad yang kesembilan belas, Semenanjung Malaysia mengalami proses satelitisasi Inggeris; dari pengaruh kepada kawalan; dari kawalan kepada pemilikan pusat-pusat pengeluaran; dan kesemuanya ini mengakibatkan keruntuhan sistem pengeluaran Feudal-Asiatik. Program satelitisasi British ke dalam Semenanjung Malaysia, secara resminya, dilancarkan di 'negeri-negeri bijih' mulai tahun 1874.
Metadata
Sumber Maklumat: | UKM Journal Article Repository |
---|---|
Taksonomi: | Adat dan Budaya Melayu > Nilai-nilai Sosial |
Bidang: | Adat dan Budaya Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 01 Nov 2016 08:47 |
Kata Kunci: | Malay traditional society |