Mohamad, Ab. Halim (2011) Maqamat Kesufian dalam Syair Hamzah Fansuri / Ab. Halim Mohamad. In: PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 November 2011 (Jumaat & Sabtu), Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Al-Qusyayri dalam bukunya yang berjudul al-Risalah al-Qusyayriyyah telah menjelaskan sebanyak empat puluh sembilan (49) Maqamat kesufian secara terperinci. Antaranya ialah, taubat, mujahadah, zuhud, takut, meninggalkan syahwat, yakin, tawakkal, muraqabah, ‘ubudiyyah, istiqamah, zikir, doa, fakir dan miskin, tauhid, mahabbah, shawq (cintakan Allah) dan lain-lain (1993: 91-350). Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmana konsep keadaan dan kedudukan (ahwal dan maqamat) kesufian telah diterapkan oleh Hamzah Fansuri dalam syair kesufiannya. Hamzah Fansuri yang dianggap penyair sufi yang tersohor di Nusantara abad ke-16 ini telah menggunakan syair sebagai salah satu kaedah untuk menyampai ajaran agama Islam dan maqamat kesufian. Teks syair Hamzah Fansuri yang digunakan dalam kajian ini ialah Lampiran (I) Syair-Syair Syeikh Hamzah Fansuri Dalam Naskhah Jakarta MS Jak. Mal. No. 83, dan Lampiran (II) Bait-Bait Hamzah Fansuri dalam buku Tasawuf Yang Tertindas tulisan Abdul Hadi Wiji Muthari, terbitan Paramadina, Jakarta, 2001. Hasil kajian mendapati bahawa syair-syair Hamzah penuh dengan maqamat kesufian seperti taubat, zuhud, meninggalkan syahwat tawakal, murah hati, takut, khusuk dan tawaduk, cinta dan sebagainya. Kesemua maqamat yang diterapkan itu merupakan ajaran syariat Islam dan Sunnah Nabi (s.a.w) yang menjadi syarat dalam ajaran dalam kesufian.
Metadata
Sumber Maklumat: | Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia |
---|---|
Taksonomi: | Islam dan Keintelektualan Melayu > Karya Islam dan Keintelektualan Melayu > Pemikiran Islam dan Keintelektualan Melayu > Tokoh Ulama |
Bidang: | Islam dan Keintelektualan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 01 Nov 2016 08:50 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Maqamat, Kesufian, Syair, Hamzah Fansuri |