Aishah @ Eshah, Haji Mohamed (1999) Gender, makanan dan identiti Orang Melayu / Aishah @ Eshah Haji Mohamed. AKADEMIKA, 55. pp. 149-165. ISSN 0126-5008
Aishah @ Eshah, Haji Mohamed (1999) Gender, makanan dan identiti Orang Melayu / Aishah @ Eshah Haji Mohamed. AKADEMIKA, 55. pp. 149-165. ISSN 0126-5008
Aishah @ Eshah, Haji Mohamed (1999) Gender, makanan dan identiti Orang Melayu / Aishah @ Eshah Haji Mohamed. AKADEMIKA, 55. pp. 149-165. ISSN 0126-5008
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Makanan menyediakan medium simbolik dalam menyatakan kenyataan tentang identiti. Makalah ini membincangkan bagaimana makanan, penyediaan makanan dan amalan makan membentuk identiti gender. Ia diasaskan kepada data etnografi yang didapati melalui pemerhatian dan temubual seperuh struktur dengan orang Melayu di Sungai Peria, Kelantan yang dilakukan beberapa kali di antara tahun 1992 dan 1998. Makalah ini menghujahkan bahawa proses sosiolisasi, peranan, domain dan sistem pengelasan makanana boleh dilihat sebagai ukuran ketidakseimbangan gender dan subordinasi wanita dalam rumah tangga dan komuniti. Identiti orang Melayu Sungai Peria terbentuk dan dimanifestasikan melalui makanan dan amalan makan. Terdapat perbezaan di antara makanan lelaki dan wanita, baik dari segi jenis, kuantiti dan kualiti. Organisasi kerja dalam lingkungan domestik masih terus menjadi tugas wanita. Tugas ini diberi nilaian yang rendah dan masih terus menjadi tugas wanita. Tugas ini diberi nilaian yang rendah dan dianggap tidak penting kerana budaya mereka masih melihatnya sebagai peranan semulajadi wanita. Selain itu, wanita masih terus disisihkan daripada lingkungan umum. Lingkungan umum masih dianggap sebagai lingkungan wanita. Pemisahan di antara identiti lelaki dan wanita serta peranan umum dan domestik telah meletakkan wanita dalam kedudukan yang subordinat.
Metadata
Sumber Maklumat: | UKM Journal Article Repository |
---|---|
Taksonomi: | Adat dan Budaya Melayu > Kepercayaan Melayu |
Bidang: | Adat dan Budaya Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 01 Nov 2016 08:33 |
Kata Kunci: | Makanan, gender, identiti, wanita Melayu |