Mhd Said, Mhd Noor and Md. Radzi, Shaiful Bahri (2010) Taj al-Salatin Bukhari al-Jauhari: menelusuri warisan silam dalam membentuk modal insan masa hadapan / Mhd Noor Mhd Said, Shaiful Bahri Md. Radzi. Working Paper. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA) 2010.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Taj al-Salatin karya Bukhari al-Jauhari adalah karya yang berfungsi memberikan cadangan, anjuran dan nasihat terhadap perilaku yang seharusnya dimiliki oleh seseorang pemimpin berteraskan Islam. Karya karangan tahun 1603 di Acheh ini yang diklasifikasikan dalam perbendaharaan warisan kesusasteraan Melayu tradisional sebagai genre ketatanegaraan berfungsi bagi membentuk peribadi pemimpin berkualiti yang dinamai Bukhari sebagai ‘Yang berakal’ dan ‘Yang berbudi.’ Kualiti diri ‘Yang berakal’ dan ‘Yang berbudi’ ini antara lain adalah pemimpin yang memahami tugas dan tanggungjawab; beriman dan beramal salih; mengamalkan sifat sederhana; bijaksana; mendampingi kehidupan rakyat; menghormati ulama; menjadikan peribadi yang adil pada masa lalu sebagai contoh; dan mengasihi rakyat. Segala yang diutarakan Bukhari ini adalah selari dengan matlamat pembangunan modal insan yang dihasratkan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 31 Mac 2006 dalam berusaha ke arah pembentukan individu yang berketrampilan – perkasa diri dari segi fizikal, jasmani, intelek dan rohani. Modal insan itu adalah individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan santun, berdisplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Jelasnya, modal insan alaf ke-21 ini adalah sepadan dan seiras ‘Yang berakal’ dan ‘Yang berbudi’Bukhari pada awal abad ke-17 lagi iaitu sekitar 400 tahun lalu. Sehubungan ini, dalam usaha ke arah membangunkan modal insan menerusi sistem pendidikan maka sastera Melayu tradisional khususnya karya Taj al-Salatin perlu diambilkira untuk direnungi dan diketengahkan agar pemikiran Melayu silam tidak terabai.
Metadata
Sumber Maklumat: | UniMAP Library Digital Repository |
---|---|
Taksonomi: | Ketamadunan Melayu > Pemimpin Melayu > Pemimpin Melayu Sebelum Kemerdekaan |
Bidang: | Warisan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 01 Nov 2016 08:36 |