Nor Hayati, Saát (2004) Golongan profesional Melayu di Terengganu: kajian sosio-budaya / Nor Hayati Saát. AKADEMIKA, 64. pp. 133-142. ISSN 0126-5008
Nor Hayati, Saát (2004) Golongan profesional Melayu di Terengganu: kajian sosio-budaya / Nor Hayati Saát. AKADEMIKA, 64. pp. 133-142. ISSN 0126-5008
Nor Hayati, Saát (2004) Golongan profesional Melayu di Terengganu: kajian sosio-budaya / Nor Hayati Saát. AKADEMIKA, 64. pp. 133-142. ISSN 0126-5008
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Golongan profesional adalah produk pemodenan masyarakat. Di negara sedang membangun seperti Malaysia, golongan ini menjadi penting dalam usaha memajukan ekonomi dan masyarakatnya. Namun, perkembangan golongan ini tidak seimbang di antara pelbagai etnik dan juga di antara negeri kurang maju di pantai timur dan negeri maju di pantai barat Semenanjung Malaysia. Golongan profesional Melayu berkembang kemudian daripada bukan-Melayu. Justeru, sumbangan mereka dalam proses pemodenan dan pembangunan Malaysia adalah penting untuk dikaji. Kajian ini yang tertumpu ke atas negeri kurang maju, iaitu Terengganu, mempunyai dua objektif: (i) menganalisis proses pembentukan golongan profesional Melayu di Terengganu; dan (ii) mengenal pasti beberapa unsur budaya golongan profesional tersebut. Budaya dalam kajian ini merangkumi kedua-dua aspek iaitu pemikiran dan nilai (peringkat idea) serta tingkah laku seseorang aktor (peringkat perilaku). Kajian ini menggunakan kedua-dua kaedah kuantitatif dan kualitatif termasuk pemerhatian secara langsung. Kaedah kuantitatif menggunakan instrumen soalselidik ke atas 110 orang responden di Kuala Terengganu. Kaedah kualitatif menggunakan teknik temu bual mendalam ke atas sejumlah lima orang informan utama untuk mendapat data yang lebih terperinci mengenai unsur budaya. Kajian perpustakaan juga dilakukan untuk mendapatkan bahan kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji lain, dan juga data dalam dokumen rasmi. Hasil kajian ini telah menyediakan satu profil ciri-ciri golongan profesional Melayu di Terengganu. Kajian ini menunjukkan ciri utama budaya golongan profesional ialah faktor kepuasan dalam bekerja dan minat terhadap pekerjaan. Selain itu, faktor-faktor seperti gaji, peluang kenaikan pangkat, matlamat organisasi yang jelas, serta syarat dan peraturan kerja yang baik juga diambil kira oleh mereka. Dari segi pemikiran pula, mereka menunjukkan kematangan dan berfikiran terbuka, khususnya dalam memberikan pandangan terhadap sesuatu isu mengenai hubungan antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat. Kajian mendapati hampir keseluruhan responden bersetuju bahawa perlunya kerjasama, bantuan dan sokongan daripada Kerajaan Pusat, terutamanya dari segi peruntukan kewangan untuk membangunkan negeri Terengganu.
Metadata
Sumber Maklumat: | UKM Journal Article Repository |
---|---|
Taksonomi: | Adat dan Budaya Melayu > Nilai-nilai Sosial Adat dan Budaya Melayu > Pemikiran Melayu |
Bidang: | Adat dan Budaya Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 01 Nov 2016 09:20 |
Kata Kunci: | Melayu, kajian sosio-budaya |