Jeannot, Abdul Karim and Khairul, Anuar Rezo (2012) Pembentukan skala pengukuran nilai melayu: satu kajian perintis / Jeannot Abdul Karim, Khairul Anuar Rezo. AKADEMIKA, 82 (1). pp. 113-123. ISSN 0126-5008

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Kajian budaya dan nilai Melayu sering kali menggunakan pendekatan kualitatif berdasarkan sorotan kajian. Namun, kajian yang bersifat penerokaan ini menggunakan perspektif kuantitatif dalam menilai nilai-nilai Melayu. Nilai merupakan satu istilah yang berkait rapat dengan budaya. Satu senarai soalan telah diformulasikan bagi mengenal pasti nilai-nilai Melayu tersebut dengan membabitkan seramai lima ratus responden. Jenis soalan utama yang digunakan bagi penyelidikan ini adalah berdasarkan tujuh mata skala Likert. Kebolehpercayaan terhadap skala diukur dengan nilai tinggi alpha cronbach. Hasil daripada pemfaktoran, dua faktor telah dikenal pasti, iaitu Keamanan, Harmoni dan Masyarakat (faktor satu) serta mengambil berat dan bertimbang rasa (faktor dua). Hasil kajian memperlihatkan bahawa kaum Melayu, melalui kaedah kuantitatifnya, selalu dijelaskan sebagai mesra, suka membantu, pemaaf, penyayang dan pemurah serta mempunyai sifat perikemanusiaan yang kuat.
Metadata
Sumber Maklumat: | UKM Journal Article Repository |
---|---|
Taksonomi: | Adat dan Budaya Melayu > Budaya Melayu Adat dan Budaya Melayu > Nilai-nilai Sosial |
Bidang: | Adat dan Budaya Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 01 Nov 2016 08:11 |
Kata Kunci: | Kajian etnik, konstruk nilai, nilai Melayu, sifat budaya |