Haji Idris, Abdul Ghani Azmi (2000) Hadith-hadith mengenai keutamaan ilmu dan para ulama / Abdul Ghani Azmi bin Haji Idris. Al-Hidayah Publishers, Kuala Lumpur. ISBN 9830992217
Haji Idris, Abdul Ghani Azmi (2000) Hadith-hadith mengenai keutamaan ilmu dan para ulama / Abdul Ghani Azmi bin Haji Idris. Al-Hidayah Publishers, Kuala Lumpur. ISBN 9830992217
Haji Idris, Abdul Ghani Azmi (2000) Hadith-hadith mengenai keutamaan ilmu dan para ulama / Abdul Ghani Azmi bin Haji Idris. Al-Hidayah Publishers, Kuala Lumpur. ISBN 9830992217
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Walaupun para ulama dari sejak awal-awal lagi telah bangkit menentang fitnah dan gerakan pemalsuan Hadith itu dan mereka telah menyaring dan memisahkan dengan penuh teliti antara Hadith Shahih, Hasan, Dha’if dengan segala macamnya, termasuklah Hadith-hadith Mungkar, Matruk dan Maudhu’, dan telah membukukan Hadith-hadith tersebut dalam kitab-kitab Hadith, namun penyebaran Hadith-hadith palsu terus juga berjalan, baik oleh musuh-musuh Islam yang menyamar sebagai orang-orang Islam mahupun oleh orang-orang Islam sendiri yang jahil-jahil ataupun oleh orang-orang yang mempunyai kepentingan peribadi dan golongan. Sampai sekarang ini Hadith-hadith Maudhu’ dan yang sebangsanya masih tersebar meluas di kalangan masyarakat dan ia banyak dijadikan sandaran dalam banyak urusan amal ibadat, kepercayaan dan lain-lainnya. Seringkali kedengaran guru-guru agama, malahan pegawai-pegawai agama mengajar di masjid-masjid, surau-surau dan lain-lain, membaca dan mengajar Hadith-hadith Maudhu’ atau sebangsa dengannya atau lain-lain Hadith yang tidak halal. Mereka mengambil hadith-hadith itu atau pun membacanya dalam buku-buku tanpa usul periksa, maka rumah-rumah Allah yang sewajibnya memancarkan nur kebenaran telah bertukar menjadi tempat yang kadang-kadang memancarkan kebohongan dan kesesatan kepada manusia. Banyak buku-buku yang ditulis orang dan yang dijadikan buku teks yang diajar di masjid-masjid, surau-surau, pondok-pondok terdiri dari buku-buku yang mengandungi khurafat dan bid’ah dan tidak sunyi pula dengan hadith-hadith Maudhu’ atau yang seumpamanya, bahkan kadang-kadang khutbah Jumaat pun mengandungi hadith-hadith yang tidak halal itu. Kesesatan yang berpunca dari Hadith-Hadith Maudhu’ dan cerita-cerita Israiliat yang dibangsakan kepada Hadith Nabawi bukan sahaja melibatkan orang awam yang mendengar dan menerima ajaran dari guru, malahan guru-guru itu sendirilah yang menerima tanggungjawab yang lebih besar di sisi Tuhan. Adalah menjadi satu kesalahan besar menyebar dan mengamalkan hadith-hadith Maudhu’ dan yang sebangsa dengannya dalam urusan apapun juga, bahkan kesesatan umat dan kerosakan Islam adalah berpunca dari sini. Menyedari akan hakikat ini maka penulis dengan segala kelemahan dan kekurangannya cuba menyusun buku ini dengan menyenaraikan Hadith-Hadith yang dikatakan Maudhu’ dan yang sebangsa dengannya dan juga Hadith-hadith Matruk dan Mungkar yang semuanya tidak halal digunakan dalam semua hal dan keadaan. Semua kebenaran datangnya dari Allah dan salah silap adalah milik penyusunnya sendiri. Mudah-mudahan kita sentiasa berada dalam rahmat, inayat dan taufiq dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Metadata
Sumber Maklumat: | UMP Library Catalogue |
---|---|
Taksonomi: | Islam dan Keintelektualan Melayu > Karya > Bidang Ilmu > Ilmu Hadith Islam dan Keintelektualan Melayu > Karya > Bidang Ilmu > Terjemahan al-Qur’an |
Bidang: | Islam dan Keintelektualan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 01 Nov 2016 07:01 |
Kata Kunci: | Hadith, tafsiran |