Naffi, Mat and Norazimah, Zakaria (2014) Wasilah mesej melayu melalui penyair zaman SITC (1922-1957) / Naffi Mat, and Norazimah Zakaria. Jurnal Melayu, 13. pp. 40-51. ISSN 1675-7513

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Dengan usaha kerajaan British dan direstui Sultan Perak pada masa itu, sebuah pusat latihan perguruan ditubuhkan di Tanjung Malim, Perak pada 29 Oktober 1922. Nama yang diberi ialah Sultan Idris Training College (SITC) dan telah dirasmikan W.G. Maxwell C.M.G. Sejumlah 120 pelajar pertama mendaftar. Pada masa yang sama perkembangan sastera moden turut berkembang di institusi ini. Rata-rata mereka menghasilkan karya dalam bentuk puisi. Pada peringkat awal perkembangan puisi moden, keadaan negara masih lagi dalam cengkaman British-Jepun-British. Fenomena ini menjadi inspirasi yang cukup berkesan kepada penyair untuk diungkapkan dalam bentuk puisi. Karya yang dihasilkan lebih bernada nasionalisme dan patriotisme. Ia juga melahirkan modal insan iaitu penyair antaranya seperti Ahmad Bakhtiar, Harun Aminurashid, Abdullah Sidek, Muhd Yassin Makmur, Ahmad Murad Nasaruddin, Ngumba, Cintati, Masuri SN. Mereka merupakan golongan penulis yang mempunyai kesedaran untuk membina modal insan dan memperkukuhkan semangat patriotik. Justeru, kajian ini dapat memperjelaskan lagi secara ilmiah tentang sumbangan penyair Melayu dalam perkembangan sastera tanah air, sekaligus meletakkan UPSI sebagai institusi yang menyambung kebitaraan peradaban sebagai universiti yang terus memperkasakan sastera Melayu.
Metadata
Sumber Maklumat: | UKM Journal Article Repository |
---|---|
Taksonomi: | Adat dan Budaya Melayu > Adat Tradisi Adat dan Budaya Melayu > Nilai-nilai Sosial |
Bidang: | Adat dan Budaya Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 01 Nov 2016 03:40 |
Kata Kunci: | SITC, patriotisme, modal insan, puisi Melayu, sastera Melayu |