Norazimah, Zakaria (2015) Model Wanita Kosmopolitan dalam Budaya Perdagangan Melalui Syair Sinyor Kosta / Norazimah bt Zakaria. Pendeta: Jurnal Bahasa dan Sastera Melayu, 6 (1). pp. 260-273. ISSN 1823-6812

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Makalah ini akan melihat model wanita kosmopolitan dalam Syair Sinyor Kosta berdasarkan tema tentang wanita di dalam syair tersebut. Tema ini akan dikaitkan dengan konteks syair itu dilahirkan. Berdasarkan perhubungan tersebut maka akan dilihat budaya, sosio-ekonomi dan masyarakat persekitaran mempengaruhi tema atau isu tentang wanita. Makalah ini akan melibatkan analisis tekstual dan kontekstual yang akan memanfaatkan pendekatan stuktural dan sosiologikal. Teori struktural melihat teks sebagai dunia kata-kata yang autonomous dan rujuk kendiri yang melihat teks sebagai dunia yang tertutup. Bacaannya memberi tumpuan kepada aspekaspek intrinsik teks terutama yang difokuskan ialah aspek-aspek tema. Unsur-unsur tema ini kemudiannya akan dihubungkan pula dengan konteks, sosio-budaya yang melatari teks tersebut. Pendekatan struktural dengan demikian dapat menampilkan aspek-aspek dalaman teks yang kemudiannya akan dihubungkan dengan dunia luar melalui bacaan kontekstual. Model wanita kosmopolitan seperti curang kepada pasangan, memandang harta, mempergunakan kecantikan diri untuk menarik minat lelaki terhadapnya dan sebagainya ini boleh dijadikan contoh dunia sempadan kepada wanita pada zaman kini. Wanita kosmopolitan bukanlah model wanita yang wajar diteladani kerana faktor perdagangan telah mengubah sudut pandang wanita daripada wanita tipikal seperti setia kepada pasangan seperti yang terkandung dalam syair terdahulu seperti Syair Siti Zubaidah kepada sesuatu yang bertentangan dengan nilai dalam masyarakat pada masa itu dan wajar diteladani oleh golongan wanita kini.
Metadata
Sumber Maklumat: | UPSI eJournal |
---|---|
Taksonomi: | Adat dan Budaya Melayu > Kesenian Melayu |
Bidang: | Adat dan Budaya Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 01 Nov 2016 02:32 |
Kata Kunci: | Kosmopolitan, wanita, tema, perdagangan, struktural, kontekstual |