Nor Diana, Mohd Idris and Chamhuri, Siwar and Basri, Talib and Madeline, Berma (2013) Penentu Sosioekonomi terhadap Pendapatan dan Kemiskinan Luar Bandar: Kajian Kes Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu di Samarahan, Sarawak, Malaysia / Nor Diana Mohd Idris, Chamhuri Siwar, Basri Talib, Madeline Berma. PERSPEKTIF Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 5 (1). pp. 1-18. ISSN 1985-496X

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Masalah kemiskinan dalam sektor pertanian dalam kalangan petani luar Bandar sering mendapat perhatian dalam pembentukan agenda pembangunan Negara melalui pembentukan Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Dasar Perpaduan Negara (1991-1999) sehingga ke Dasar Wawasan Negara (2000-2010). Salah satu program pembasmian kemiskinan melalui pembangunan pertanian in-situ iaitu Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP) telah dilaksanakan untuk meningkatkan pendapatan petani di samping meningkatkan pengeluaran dengan penggunaan sumber yang optimum selaras dengan Dasar Pertanian Negara 3. Ia juga bertanggungjawab untuk membantu petani dari segi penyediaan tanah untuk tanaman serta menyalurkan bantuan input pertanian, khidmat sokongan dan latihan bagi kelancaran projek. Oleh itu kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti status dan profil serta mengenal pasti factor-faktor penentu pendapatan dan kemiskinan dalam kalangan petani. Untuk tujuan ini, seramai 220 orang petani di kawasan IADP Samarahan dijadikan responden utama yang terdiri daripada 124 petani yang mengusahakan tanaman nanas dan 96 petani yang mengusahakan tanaman singkat masa. Hasil kajian mendapatai bahawa pada keseluruhannya projek telah berjaya mengurangkan masalah kemiskinan petani kepada 19.5% berbanding 77% sebelum perlaksanaan projek. Kajian juga mendapati faktor keluasan tanaman, pendapatan teras dan sampingan serta penyertaan dalam persatuan, kecekapan teknik dan penggunaan teknologi telah menyumbang kepada peningkatan pendapatan petani dan mengurangkan masalah kemiskinan dalam kalangan pengeluar pertanian. Manakala hasil logistik pula menunjukkan bahawa faktor kekurangan pekerjaan sampingan, bilangan ahli keluarga yang bekerja dan pergantungan kepada sumber air semulajadi merupakan faktor penentu kepada kemiskinan petani. Oleh yang demikian, bagi menjamin kesejahteraan alam sekitar dan kualiti hidup masyarakat petani luar bandar di IADP Samarahan, Sarawak sistem pengairan yang sistematik amat diperlukan demi mencapai kelestarian hidup berpanjangan.
Metadata
Sumber Maklumat: | UPSI eJournal |
---|---|
Taksonomi: | Ekonomi Melayu > Kegiatan Ekonomi Ekonomi Melayu > Pembangunan Ekonomi Melayu |
Bidang: | Ekonomi Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 01 Nov 2016 01:49 |
Kata Kunci: | Kemiskinan, aktiviti pertanian, pendapatan, IADP |