Haryati, Hasan (2014) Kegiatan Ekonomi di Kelantan, 1950-an hingga 1970-an / Haryati Hasan. PERSPEKTIF Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 6 (3). pp. 98-110. ISSN 1985-496X

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Artikel ini membincangkan kegiatan ekonomi Kelantan pada tempoh 1950-an hingga 1970-an. Pertanian sara diri merupakan kegiatan ekonomi utama di Kelantan pada sebelum tahun 1950. Ciri-ciri perpetanian dan pedesaan ini kekal sehinggalah menjelang pasca kemerdekaan. Keadaan ini memberikan keunikannya tersendiri kepada negeri tersebut khususnya dalam mempengaruhi sosiobudaya masyarakatnya. Selepas tahun 1950 keadaan masih tidak banyak berubah. Orang Melayu Kelantan rata-rata tinggal di kawasan luar bandar dengan pertanian masih merupakan mata pencarian yang utama. Hanya sebilangan kecil yang menetap di bandar dan melibatkan diri dalam lapangan perniagaan, perburuhan dan menjawat jawatan dalam perkhidmatan kerajaan. Ekonomi secukup hidup ini sedikit sebanyak telah merencatkan usaha kerajaan membangunkan negeri tersebut. Kadar penghijrahan yang tinggi dan kemiskinan dalam kalangan rakyatnya menggambarkan realiti dan situasi sebenar keadaan ekonomi Kelantan pada tempoh tersebut.
Metadata
Sumber Maklumat: | UPSI eJournal |
---|---|
Taksonomi: | Ekonomi Melayu > Kegiatan Ekonomi |
Bidang: | Ekonomi Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 01 Nov 2016 01:39 |
Kata Kunci: | Ekonomi, Melayu, Kelantan, sosiobudaya |