Shaffie, Fuziah (2001) Institusi pondok di Malaysia : satu sorotan dari perspektif sejarah / Fuziah Shaffie. Jurnal Pembangunan Sosial, 2. pp. 116-132. ISSN 1394-6528

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Pendidikan Islam di Malaysia terbahagi kepada beberapa peringkat perkembangan iaitu bermula dengan pengajian di rumah, surau, masjid dan diikuti dengan pondok, madrasah dan sistem sekolah agama yang lebih formal. Sebagai sebuah institusi pendidikan Islam yang tertua dan diwarisi semenjak dari zaman Rasulullah (saw) lagi, institusi pondok adalah sangat penting dalam menyampaikan ajaran Islam. Institusi ini mempunyai keistimewaan tersendiri dan dikatakan paling tinggi kedudukannya serta mempunyai pengaruh yang sangat besar di kalangan masyarakat Melayu. Peluang untuk menuntut ilmu menjadi lebih terbuka kepada seluruh anggota masyarakat dengan adanya institusi pondok. Apa yang menarik menarik mengenai institusi pondok ini sebagai pusat pengajian islam ialah kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada mereka yang datang ke situ dengan kerelaan hati sendiri untuk tujuan menuntut ilmu dan inilah yang membezakan dengan sistem pendidikan formal.
Metadata
Sumber Maklumat: | Respositori Universiti Utara Malaysia |
---|---|
Taksonomi: | Pendidikan Melayu > Sejarah Pendidikan Melayu |
Bidang: | Pendidikan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 29 Oct 2016 16:02 |
Kata Kunci: | Melayu, Pendidikan |