Shaari, Nazlina and Suleiman, Norhayati (2014) Peranan Tekstil di dalam Sosial Budaya Melayu Sarawak / Dr. Nazlina Shaari dan Norhayati Suleiman. Working Paper. Universiti Malaysia Sarawak, (UNIMAS). (Unpublished)

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Masyarakat Melayu seringkali memperlihatkan kewujudannya melalui keunikan penghasilan barangan kraf serta adat resamnya. Melalui tradisi atau adat, ia merupakan perlambangan utuh terhadap identiti masyarakat dan budaya Melayu. Masyarakat Melayu seringkali berkait rapat dengan pegangan agama Islam walaupun terdapat juga unsurunsur kepercayaan Hindu- Buddha yang mempengaruhi adat dan budaya mereka. Selain daripada itu pengaruh dari timur tengah serta penjajahan barat turut menyumbang terhadap perkembangan tekstil Melayu Sarawak. Faktor ini juga memperlihatkan perubahan serta perkembangan sosial masyarakat Melayu Sarawak. Proses difusi ini berlaku bukanlah membawa kemusnahan kepada masyarakat Melayu, tetapi ia merupakan penyesuaian nilai serta peningkatan pencapaian ilmu. Apabila hukum Islam diperkenalkan dalam masyarakat Melayu, peraturan dan aturan adat yang bercanggah dengan akidah dan doktrin Islam dihapuskan manakala yang tidak bercanggah diteruskan amalan adat istiadatnya dari sejak bayi hingga kepada saat kematian (W.A. K Yusuf, 1995).
Metadata
Sumber Maklumat: | UNIMAS Institutional Repository |
---|---|
Taksonomi: | Warisan Melayu > Busana Tradisional Adat dan Budaya Melayu > Kesenian Melayu |
Bidang: | Adat dan Budaya Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 18 Oct 2016 04:24 |
Kata Kunci: | Textile, Malay culture, unimas, university, universiti, Borneo, Malaysia, Sarawak, Kuching, Samarahan, ipta, education, research, Universiti Malaysia Sarawak |