Abdullah, Mohd Akbal (2014) Kepentingan diri dan pengorbanan dalam pembentukan bangsa : satu sorotan psikologi dan pemikiran Istana Melayu / Mohd Akbal Abdullah. Working Paper. Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, UniMAP.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Kertas kerja ini bertujuan menjelaskan perihal tingkahlaku Raja-raja Melayu yang dikatakan mementingkan diri berbanding mengorbankan diri demi kepentingan rakyat. Banyak peristiwa di dalam manuskrip Melayu yang memaparkan gambaran pertentangan antara mencapai kepentingan diri dengan pengorbanan yang telah dilakukan oleh golongan pemerintah. Bagi tujuan tersebut, kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah teks atau historiografi terhadap naskhah Sulalat al-Salatin sebuah naskhah ketatanegaraan Melayu yang bercirikan sejarah. Naskhah tersebut dijadikan rujukan utama bagi menyelami alam psikologi dan pemikiran pengarangnya sewaktu menyusun rentetan kemunculan Raja-raja Melayu di Melaka yang kemudiannya menjadi asas kepada kewujudan dan pengekalan institusi dan perajaan Melayu hari ini. Kajian mendapati kekuatan tradisi perajaan Melayu, alam psikologi dan pemikiran pembesar Melayu, dan kecelaruan generasi berikutnya, menyebabkan penerimaan dan penghayatan kepada peranan serta kewujudan institusi raja semakin samar. Akhirnya, kajian ini boleh menjadi inspirasi kepada penyelidik lain untuk memahani kedudukan institusi dan perajaan Melayu hari ini.
Metadata
Sumber Maklumat: | UnuMAP Library Digital Repository |
---|---|
Taksonomi: | Kesultanan dan Pemerintahan > Institusi Kesultanan > Melaka Islam dan Keintelektualan Melayu > Pemikiran |
Bidang: | Kesultanan dan Pemerintahan |
Tarikh Muatnaik: | 28 Oct 2016 16:16 |
Kata Kunci: | Pembentukan bangsa;Melayu;Psikologi;Raja-raja Melayu |