Md. Mustafa, Nurul Izzati and Jusoh, Adnan and Arrifin, Khairi and Abdullah, Nabir and Kamaruddin, Mohd. Kamal (2015) Penggunaan tenaga haiwan sebagai medium pengangkutan dalam masyarakat Melayu tradisional / Nurul Izzati Md. Mustafa, Adnan Jusoh, Khairi Arrifin, Nabir Abdullah & Mohd Kamal Kamaruddin. International Journal of the Malay World and Civilisation, 3 (2). pp. 53-61. ISSN 2289-1706

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Tanah Melayu diliputi oleh satu ruang geografi yang istimewa lantaran mempunyai satu ketamadunan yang tinggi. Sejarah membuktikan ketamadunan yang tinggi yang dilakarkan oleh masyarakat Melayu ini amat berkait rapat dengan fenomena alam yang menjadi salah satu medium pencetus kepada kepelbagaian kepentingan dan budaya di Tanah Melayu. Selain dari unsur semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan (seperti kayu kayan, akar dan rempah ratus), haiwan turut menjadi penyumbang utama kepada kepentingan di Tanah Melayu. Antara haiwan yang kerap diperihalkan berperanan penting kepada masyarakat di Tanah Melayu adalah gajah, kerbau dan kuda. Kajian sejarah juga telah membuktikan ketiga-tiga haiwan yang disebut ini menjadi penyumbang besar terhadap medium pengangkutan masyarakat Melayu silam. Makalah ini bertujuan untuk mengetengahkan bagaimana ketiga-tiga haiwan yang dinyatakan ini memainkan peranan bagi melestarikan keperluan masyarakat silam dalam medium pengangkutan. Gajah merupakan antara haiwan yang penting semasa ketiadaan kemudahan infrastruktur seperti jalan keretapi dan jalan raya. Kerbau pula sangat dominan sebagai haiwan yang mudah di gembala sebagai haiwan yang berperanan besar dalam bidang pertanian. Manakala kuda pula sangat besar peranannya terhadap golongan bangsawan samada dengan tujuan untuk pemilikan peribadi, peperangan mahupun kesukanan. Artikel ini menelusur menerusi kaedah kualitatif dengan mengambil kira sumber-sumber dari medium kepustakaan seperti manuskrip atau naskhah-naskhah Melayu, catatan barat dan yang seumpama dengannya. Oleh itu, menerusi perbincangan dalam makalah akan cuba dibuktikan dinamik dan perubahan terhadap penggunaan haiwan terhadap medium pengangkutan yang dinyatakan dalam masyarakat Melayu. Makalah ini juga diharapkan dapat memberi lebih fahaman serta menjadi batu loncatan terhadap pengkaji seterusnya bagi melihat penggunaan tenaga haiwan dari sudut pandang yang berbeza dengan lebih terperinci.
Metadata
Sumber Maklumat: | UKM Journal Article Repository |
---|---|
Taksonomi: | Ketamadunan Melayu > Teknologi dan Pertanian |
Bidang: | Ketamadunan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 02 Nov 2016 04:37 |
Kata Kunci: | haiwan, pengangkutan, peranan, masyarakat Melayu |