Wan Teh, Wan Hashim (2012) Rumpun Melayu: Teori migrasi dan diaspora / Wan Hashim Wan Teh. Siri Syarahan Umum . Penerbit USIM, Bandar Baru Nilai. ISBN 9789670393650

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
SYARAHAN UMUM ini mengemukakan hujah-hujah yang menolak teori besar Heine-Geldern dan lain-lain yang menyatakan “Melayu berasal dari Yunnan-Selatan Negeri China”. Bersandarkan kepada beberapa dapatan kajian arkeologi, antropologi, linguistik dan terbaru antropologi perubatan (kaedah mtDNA), dirumuskan bahawa moyang kepada rumpun atau ras Melayu (berkulit ciku masak) telah tiba di Benua Sunda (Alam Melayu) sejak 74,000-60,000 S.M., lebih awal daripada ketibaan ras Mongoloid (berkulit kuning) di benua China, pada sekitar 60,000-45,000 S.M. Migrasi moyang Melayu-Polinesia adalah secara terus dari Asia Barat atau Utara Afrika. Bahagian kedua Syarahan ini mengemukakan secara perbandingan ciri-ciri umum Melayu diaspora yang terdapat di Sri Lanka, Afrika Selatan, Australia dan Arab Saudi dengan merumuskan bahawa Melayu Cape berperanan utama mengasas serta menyebarkan Islam di Afrika Selatan. Profesor Dato' Dr. Wan Hashim Wan Teh ialah Ahli Lembaga Pengarah USIM sejak tahun 2005; dan kini bertugas di Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
Metadata
Taksonomi: | Asal Usul Melayu : Sumber Genetik > Budaya Asal Usul Melayu : Sumber Genetik > Etnik |
---|---|
Bidang: | Warisan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 05 Sep 2016 09:22 |
Kata Kunci: | Migrasi; Diaspora; Rumpun Melayu |
Download
Filename: B_WAN HASHIM WAN TEH USIM 12.pdf