Khalid, Esa (2004) Beberapa aspek tamadun Melayu,India,China dan Jepun / penyelenggara Esa Khalid, Mohd. Azhar Abd. Hamid. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. ISBN 9835203555
Khalid, Esa (2004) Beberapa aspek tamadun Melayu,India,China dan Jepun / penyelenggara Esa Khalid, Mohd. Azhar Abd. Hamid. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. ISBN 9835203555
Khalid, Esa (2004) Beberapa aspek tamadun Melayu,India,China dan Jepun / penyelenggara Esa Khalid, Mohd. Azhar Abd. Hamid. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. ISBN 9835203555
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Beberapa Aspek Tamadun Melayu, India, China dan Jepun merupakan hasil penulisan pensyarah yang mengajar mata pelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asas di Universiti Teknologi Malaysia. TITAS 2 ialah mata pelajaran elektif yang diwajibkan di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia. Justeru, penulis cuba menyelusuri dan memaparkan empat tamadun penting Asia, iaitu Melayu, India, China dan Jepun. Secara umumnya, kandungan buku ini diolah secara deskriptif dan penekanan kandungannya dibuat secara faktual, konseptual dan kefalsafahan. Buku ini sarat dengan nilai, etika dan pemikiran yang mampu memberikan kefahaman dan kesedaran kepada pelajar khususnya tentang harga sebuah peradaban. Buku ini juga memberikan gambaran kepada pembaca tentang betapa hebatnya tamadun Asia dalam konteks membangunkan bangsa Asia menjadi satu bangsa yang bermaruah dan disegani di dunia. Dunia mengakui bahawa keempat-empat tamadun ini telah memberikan sumbangan yang besar dalam pelbagai dimensi kehidupan manusia – politik, ekonomi, sosial, teknologi, budaya, pemikiran dan nilai–nilai luhur, sama ada dalam konteks tradisi mahu pun kontemporari. Paling menarik, tiga daripada empat tamadun yang dipaparkan dalam buku ini memberi kesan langsung kepada masyarakat majmuk di Malaysia, iaitu Melayu, Cina dan India. Oleh yang demikian, paparan keempat-empat tamadun ini diharapkan dapat memberi nilai tambah kepada masyarakat Melayu, Cina dan India untuk lebih memahami, menghargai dan menghormati antara satu sama lain. Buku ini merupakan rujukan tambahan kepada beberapa buah buku yang ada di pasaran. Buku ini amat sesuai dibaca oleh semua golongan khususnya para pelajar yang mengambil mata pelajaran TITAS 2. Selain itu, buku ini juga sesuai dibaca oleh sesiapa juga yang berminat untuk memperluas pengetahuan yang berkaitan dengan keempat–empat tamadun ini. Justeru, diharapkan agar buku ini mampu memberikan kefahaman yang jelas tentang beberapa aspek tamadun Asia – Melayu, India, China dan Jepun.
Metadata
Sumber Maklumat: | Pendeta Discovery Universiti Malaya |
---|---|
Taksonomi: | Ketamadunan Melayu > Kebudayaan Ketamadunan Melayu > Sejarah |
Bidang: | Ketamadunan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 28 Oct 2016 02:49 |
Kata Kunci: | Tamadun Melayu, Tamadun India, Tamadun China, Tamadun Jepun, Tamadun Asia |