Mohamad Zain, Shaharir (2000) Angka Melayu sebelum kedatangan Islam / Shaharir Mohamad Zain. Bulletin of the Malaysian Mathematical Sciences Society. pp. 187-220. ISSN 0126-6705

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Istilah Melayu di dalam kertas ini perlu dijelaskan kerana tanah kediaman orang-orang Melayu, Asia Tenggara, berpecah-belah akibat ditakluki oleh penjajah (setengahnya silih berganti): Portugis, Sepanyol, Belanda, Inggeris, atau/dan Amerika Syarikat, malah Perancis, Thailand, atau/dan, daripada satu perspektifnya, Kemboja, Vietnam dan Cina. Secara ijmaknya memanglah dipersetujui bahawa orang-orang Melayu ialah sekurangkurangnya bangsa pribumi/bumiputera yang diam di merata kawasan di Tenggara Asia ini yang dirujuki, oleh hampir semua penulis, sebagai Gugusan Kepulauan Melayu atau Alam Melayu itu. Perincian pertamanya tentang geografi dan aspek kebiopelbagaian di Kepulauan Melayu dilakukan oleh Wallace (1863) dan lebih komprehensif lagi menerusi bukunya yang terkenal,"The Malay Archipelago",yangpertama kali diterbitkan dalam tahun 1869 dan beberapa kali diulangcetak oleh berbagai-bagai penerbit dan yang terbarunya oleh Oxford University Press 1986. Berasaskan tabii kebiopelbagaian, beliau mentakrifkan Gugusan Kepulauan Melayu (atau yang beliau ingin namainya semula sebagai Gugusan Indo-Australia), sebagai "rantau Asia Tenggara yang hampir-hampir berbentuk segi tiga bermula di Pulau Nikobar di Timur Laut ke Pulau Solomon di Tenggara, dan dari Luzon di Utara ke Rotti dekat pulau Timor di Selatan", lalu dibahaginya kepada lima kumpulan: Kepulauan Indo-Malaya, Kepulauan Timor, Kepulauan Meluku dan Kepulauan Papua.
Metadata
Sumber Maklumat: | Universiti Sains Malaysia and Springer |
---|---|
Taksonomi: | Ketamadunan Melayu > Sejarah Asal Usul Melayu : Sumber Genetik > Sejarah |
Bidang: | Asal-Usul Melayu : Sumber Genetik |
Tarikh Muatnaik: | 18 Oct 2016 03:51 |
Kata Kunci: | Sejarah Melayu, Orang Melayu, bangsa, pra-Islam |