Abdullah, Mohd Akbal and Sulaiman, Abdullah (2005) Pemelayuan : pengalaman etnik Bugis di Johor berdasarkan nashkah-nashkah sejarah tradisional Melayu Johor / Mohd Akbal Abdullah dan Abdullah Sulaiman. In: Seminar Kebangsaan ICT dalam Pendidikan, 18-19 November 2005, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Kajian ini mencuba melihat pengalaman sebuah etnik yang banyakjasanya kepada politik Melayu tradisional di Semenanjung Tanah Melayu satu waktu dulu. Etnik Bugis ini dianggap sebuah etnik yang amat dominan dan sinonim dengan laut dan aktiviti pelayaran. Justeru itu tidak hairanlah jika etnik ini dalam banyak keadaan sama ada terpaksa ataupun rela memasuki masyarakat tempatan yang jelas mempunyai budaya yang asing. Pengalaman etnik ini yang besar ialah bersemenda dengan keturunan Sultan Johor berdarah Bendahara Tun Abdul Jalil. Dalam proses awal persemendaan itu, unsur jati diri Bugisnya bercanggah dengan unsur tempatan, iaitu Melayu. Banyak keadaan menunjukkan berlaku konflik yang mendalam bahkan ada yang membawa pertumpahan darah dalam keluarga. Namun, tanpa disedari, persemendaan dan konflik itu telah berjaya mengukuhkan lagi sebuah bangsa yang ketika itu jati diri merudum akibat sengketa istana. Malahan dari ini Melayu di Johor dianggap berjaya meraih martabat dari proses tersebut. Kajian ini dengan merujuk beberapa nashkah sejarah Melayu tradisional di Johor akan menunjukkan pengalaman proses tersebut dan bagaimana berlakunya sinkretisme etnik dengan mengutamakan sifat persaudaraan berbanding kesukuan etnik.
Metadata
Sumber Maklumat: | Universiti Pendidikan Sultan Idris Digital Repository |
---|---|
Taksonomi: | Asal Usul Melayu : Sumber Genetik > Etnik Asal Usul Melayu : Sumber Genetik > Etnik > Melayu Bugis |
Bidang: | Asal-Usul Melayu : Sumber Genetik |
Tarikh Muatnaik: | 27 Oct 2016 16:32 |
Kata Kunci: | Melayu, etnik, suku-suku Melayu, Bugis |